December 31, 2018

New York Part I



Hi bloggers! Finally, baru ada masa nak update my blog. Hhehe, seronoknya dapat menulis kembali tapi susah jugak pujuk hati ni nak menulis. Bila dah lama sangat tinggal, hobi yang dulu kini sudah tidak lagi menjadi hobiku. Terus terang dah masuk junior year ni, blogging aku letak tepi. And i'm so sorry sebab title English tapi, penulisan aku dalam Bahasa Melayu. Aku rasa lagi cepat tulis bahasa Melayu sebab dah lama tak tulis esei dalam bahasa Inggeris.

This winter break sepatutnya aku and Ulfa plan untuk pergi Florida state. Dengan geng roadtrip yang sama, aku, Ulfa, Hasni dan Nazirul. Kitaorang memang dah rancang nak pergi dari bulan 6 lepas balik summer roadtrip lagi, tapinya itinerary tak sediakan lagi pun sampai dah dua minggu lagi nak cuti winter baru kitaorg sibuk-sibuk nak plan. Memang ke laut lahh. Time tu hotel or air bnb dah mahal, flight ticket round trip dah mahal about $350. Dan nak sewa kereta lagi untuk jalan-jalan dalam Florida tu. Florida tu besar dan banyak tempat-tempat menarik untuk visit. Kalau bajet $800, tak cukup rasanya nak cover tempat-tempat menarik kat sana unless you guys tak nak pergi Disneyland and Universal Studio dekat sana. Kat situ dah boleh jimat around $300. So, we canceled our plan.

And I decided to not go anywhere this winter break. Kononnya nak jimat duit lah tak nak pergi mana-mana winter ni. Padahal 3 minggu kot cuti. Memang lonely gila ahh. Takda housemate pulak tu. Seminggu dah berlalu, scroll insta ramai gila update diaorang pergi roadtrip. Haihh, mengeluh dalam hati sebab bosan sangat-sangat. 

Kerja gila jugak la aku buat. Beli tiket yang mahal ke New York. Nasib tempat nak tidur dah ada Ulfa boleh aku tumpang. Dua hari before nak pergi aku beli tiket tu, yang berharga $330. Sepatutnya aku boleh dapat separuh dari harga tu kalau beli awal. Mahal tak mahal, aku beli jugak sebab ada dua minggu lagi dan boyfriend pun tengah family trip.

Jumaat - Dec 21, 2018 

Flight sepatutnya pukul 1 petang tapi delay jadi pukul 3. Nasib dah dapat email awal-awal my flight was delayed, so aku gerak lambat ke airport. Dah sampai airport, flight to delay lagi jadi pukul 5 petang. Masya-Allah penat dah sebenarnya tunggu kat situ je. Tapi sebab cuaca haritu tak berapa nak okay, memang patutlah delay. Tup tup, pukul 7.30 malam pulak flight tu. Memang lama gila la. Makeup pun sudah cair. Hahaha. Sampai sana around 10.30 pm. Then, Ulfah dah tunggu kat aiport with her boyfriend, Hasni. Kitaorg naik train je ke rumah dia dekat Brooklyn. Memang senang sangat, tapi one hour jugak laa nak sampai.

Sabtu - Dec 22, 2018

Yeayy, my first day in New York! Semalam aku dan Ulfah buat itinerary untuk seminggu aku kat sini. Tidur dalam pukul 3 pagi jugak laa sebab dah makan malam semua. It took me two hours nak hadam makanan tu and after that I could sleep. Plan untuk harini adalah nak bergambar di Brooklyn Bridge and misi mencari egg tarts murah-murah dekat Chinatown. Sorry, I don't have pictures for egg tarts. But, I can say it was very cheap kat situ. Satu ketul besar worth $1. Kalau kedai mahal-mahal mahu $3-$4 sebiji tau. Nak pergi satu tempat ke satu tempat memang kitaorg naik train je. Aku beli one week MetroCard which is $32. Kadang kitaorang tersilap naik train dan kena bayar lagi sekali untuk naik. For me, it worth laa sebab unlimited for one week.

Picture with Ulfah at Dumbo, Brooklyn Bridge.

Ni lah tempat famous untuk nampak Brooklyn Bridge dari belakang. Ni first day, mood tengah happy untuk ambil gambar banyak-banyak. Then, kitaorang gerak untuk jalan di atas bridge untuk pergi Chinatown.                                                                                                                                                                             

At Brooklyn Bridge
                                                                                                                                                        


So, this side is Brooklyn. And at the other side is Manhattan. Tengah-tengah jalan tu memang berhenti kejap lah tangkap gambar. Haritu nampak insta Mira Filzah je update gambar kat sini. Hehehe. Kemudian, misi mencari egg tarts bermula. Chinatown tu ibarat pasar pagi kat Malaysia. Sayur yang aku susah nak jumpa dekat Indy ni, mostly ada je kedai kedai cina kat situ jual. Memang banyak orang cina je lah kat kawasan situ rasa macam dah masuk negara China. Serious!

Kemudian, kitaorang berhenti solat dekat Assafa Islamic Center. Dekat sahaja, 12 minit jalan kaki dari kedai egg tarts kitaorang pergi tu. Dah nak dekat pukul 4 dah, hari pun nak makin gelap sebab winter (so malam panjang). Kitaorang nak gerak ke Times Square.


Suasana malam di Times Square.

Ya Allah, ramai gilaa orang kat sini. Dan time ni suhu 1 degree Celcius. Sejuk dan berangin pulak. Nasib aku bawak winter jacket yang macam ni. Sememangnya, Biha tak tahan dengan sejuk-sejuk ni. I have no idea apahal orang ramai sangat kat sini. Tengok gambar-gambar kat popular post dalam insta pun memang macam ni. Tempat shopping memang banyak, no wonder laa manusia ramai gila kat sini. Time ni aku dah bad mood sikit sebab jalan pakai boot heels, memang sakit kaki lah. Ala kadar je gambar kat sini. Kitaorang berdiri tengok suasana kanan dan kiri. Pastu ada laa show sikit tepi-tepi jalan tu, boleh laa tengok. Dalam pukul 8 macam tu, kitaorang dah gerak balik.

I will continue my story for next entry - New York Part II. Stay tuned!




     

5 comments:

  1. waah..!! seronoknya baca pengalaman disana. kongsikan lagi sebab akak nak sampai US Canada tataulaaa bila. hehe boleh baca sambil2 brangan.. gambar cantik..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak, in shaa allah biha akan update malam ni. :)

      Delete
  2. Tak sabar nak tunggu Part 2. Lovely pics by the way

    ReplyDelete
  3. Wow!!! Nice nice nice!!! Gambar pun veryyy cantik! And i'm so glad tengok still ramai orang yang blogging, despite of ramai yang dah tak blogging :p

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)