Indianapolis |
June 14, 12.23 pm. Last day of Ramadhan.
Aku baru balik dari kelas. Sampai je rumah, sunyi sepi sebab Ulfa dan Amal pergi ambil kereta kat airport. Diaorg terus pergi Bloomington beli ayam. Benda first aku buat bila masuk rumah je, confirm laa buka tudung dan tukar baju. Then, I decided to write a post.
Lagi sekali aku sambut raya dekat US. Kalini memang lagi sunyi laa. Geng perempuan pun tak banyak dan paling geram sekali next week final exam. Patutnya EM (Embassy Chicago) ada buat sambutan raya hari jumaat ni which is first day raya laa kan. Dari Indianapolis ke Chicago about 3 hours. Mula mula aku memang dah decide nak pergi dengan Ulfa, Amal, Aina dan Farah.
Tapi, diaorang nak gerak petang ni sampai hari Sabtu baru balik. Aku pun resah laa sebab banyak benda nak study untuk final ni. Kalau balik Jumaat aku boleh consider lagi nak pergi. Ulfa cadangkan untuk hantar aku balik Jumaat tu dan diaorang akan pergi semula Chicago untuk sambut raya kedua dekat rumah EM tu. Bila difikir balik, sangat la bazir minyak, tenaga dan masa. Tambahan pula, Amal pun tak jadi nak ikut sebab ada kelas ganti pada hari Raya pertama. Jadi, dah berbolak balik memikirkan nak pergi atau tidak, aku pun putuskan tak nak pergi. Aku fikir lebih baik aku study dari pergi sambut raya padahal waktu tu otak fikirkan benda yang aku tak study lagi.
Dan sekarang, aku baru je lepas call adik. Ya allah, serius rasa nak nangis. Ni kali kedua aku tak raya dengan diaorang dan ada kelas pulak tu. Nak happy or nangis pun aku pun tak tahu. Errr.
take care be strong. and selamat hari raya
ReplyDelete