June 17, 2018

First Syawal 2018



Me, Jun and Amal

Happy Eid Mubarak bloggers! Again, I'm celebrating Eid without my family. Missing them so much! Mak nak balik... 😭

Dari pukul 5 pagi lagi aku terjaga dengan sendiri sebab dah terbiasa sahur. Lepastu tak boleh tidur even dah solat subuh. Almost 7 am, aku tertidur balik. 8.30 pagi terjaga dan aku terus mandi dan iron baju kurung. Harini, Biha, Amal dan Jun nak keluar lunch dekat Watami Sushi dan rasa nak bergambar dekat downtown. Awal pagi tu rasa malasnya nak mandi, rasa tak ada mood nak beraya. Bangun pagi tak dengar takbir raya, maktok takda bising2 suruh mandi sebab lepas tu nak pergi solat raya. Aaaa rindunya semua tu tahun ni.

Lepas dah mandi tu, Amal yang sepatutnya ada kelas tapi kelas tu dibatalkan. Kitaorang bersiap awal dan gerak ke Watami Sushi pukul 11 pagi macam tu. Masa ni lapar sangat... Tak breakfast lagi sebab tak masak apa apa pun semalam. Biasanya malam raya orang masak rendang ke apa apa. Ini takdanya nak buat. Malam raya tengok movie je. Pastu sayu sangat hati ni. Malam raya facetime adik dua kali. Then, I facetime someone special tu. Memang takda mood sangat laa. Tapi buat buat okey je.

Back to my story, lepas kitaorang makan, call Uber pergi downtown. Arrived around 1.30 pm. Sangatlah panas terik. Mencari angle untuk dapatkan gambar yang cantik. Dah 30 minit pusing-pusing kat situ, penat jugak laa dengan aku pakai heels lagi. Kitaorang singgah Chocolate Cafe dekat situ dan beli asikrim!! My favorite ice cream, chocolate _____. Sorry, I forgot the name of that ice cream. Hmm, kata favorite tapi lupa pulak.

Dah habis makan ais krim, kitaorang dah gerak dan ready nak call Uber. Perempuan ni memang lah... Tak jadi balik, tapi kitaorang singgah TJMax dan singgah Circle Centre Mall. Kononnya nak cari sabun mandi dekat Bath and Body Works sebab ada promosi. Tujuan nak singgah situ dulu, tapi nampak pulak Victoria Secret ada promosi bra and panties. Hmm, memang singgah dan beli laa. Hahhahaha. Kemudian baru pergi Bath and Body Works. And that was our last shop. Time to go back home!

Balik rumah kitaorang solat dulu dan rasa nak pergi ambil gambar lagi dekat dengan library IUPUI. Belakang tu ada fountain. I decided not to wear the heels. Sakit kaki gilaa pakai heels ni. Dah 30 minit jugak kitaorang bergambar, ingat nak balik dah laa. Aku fikir homework satu benda pun tak start lagi. Kononnya, nak buat lepas balik makan sushi tu. Dah ada agenda lain pulak. Hehhehe.

Tapi, kitorang tak jadi nak balik lagi. Tiba-tiba terasa nak record at least one minute video pasal raya. We came out with this 2 minutes video. Feel free to watch here.







2 comments:

  1. selamat hari raya walaupun dah lewat seminggu haha. kat situ takde komuniti muslim langsung ke? selalu tengok org yg beraya kat overseas ni ada je solat raya dgn makan2 kat tempat komuniti muslim :o

    saya teringin jugak nk merasa raya di perantauan walaupun hakikatnya beraya jauh dari keluarga ni sedih xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada je sis, yang paling dekat dengan Biha dekat chicago which is 3 jam kena drive. Tapi disebabkan biha ada kelas dan exam, sebabtu tak join beraya ramai ramai dekat sana.

      Delete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)