Day 5 - Letter to MARA | Should be official letter lah kan? Tapi ni saja saja je. Tetiba rasa nak luah pasal MARA pulak kat sini. Mengenangkan aku ada problem ni. Rasa macam nak hantar surat layang gitu. Hahahha.
--------------
-------------
Beeha dah prepare dari awal masuk uni lagi. Tempoh aku start belajar di uni pada Ogos 2017 sehingga Julai 2019 (dua tahun). Awal semester 2018 tu aku dah siapkan semua dokumen dan hantar kat orang MARA. So, dah lega laa sebab semua selesai. Aku hanya perlu tunggu maklum balas. Tapi dah masuk 2019, satu habuk pun takda. Yang orang MARA di US suruh aku hantar result terkini. Sampai dah dua semester laa aku tunggu and bagi result.. Still sunyi sepi.
Baru-baru ni aku call orang MARA Malaysia pulak. Dia pulak tanya aku balik Encik Tuutt dah mintak result awak yang lepas dan terkini? Aku cakap lah dah minta and aku dah bagi result tu dari bulan Mei lagi. Result untuk kelas summer yang aku amik baru-baru ni pun aku dah submit. So, sekarang apa cerita? Pastu aku tanya lagi bolehkah dapat tahu keputusan ni dalam masa seminggu? Aduhhh, problem lagi! Dia cakap orang atasan takda minggu ni dan minggu depan. Minggu selepas itu, baru diaorang ada mesyuarat. Dan dia cakap, barulah nak bawa aku punya dokumen tu masuk mesyuarat. Ya Allah.. Aku dah nangis tadi sikit. Geram bercampur risau.
Please kawan-kawan, doakan semuanya berjalan lancar dan diluluskan dengan cepat. Aminnn..
moga semua berjalan lancar ye, beeha.
ReplyDeletepenting hal ni.
u need to folo up, dik...