July 16, 2019

Blogger Challenge : Day 1






Hai, Assalamualaikum semua! I'm blessed bila Kak Rrai buat challenge ni. So, Beeha pun ada laa idea nak menulis hari hari. Kalau tak memang berhabuk laa Beeha punya blog ni. Dah dua tahun slow je pageviews. Mana taknya, sebulan sekali je nak post entry. Pastu nak bising-bising and sedih pageview tak banyak. HAHAAHHA.

Lagi satunya, aku sedih sebab ramai dah blogger yang aku selalu visit dua tahun lepas banyak yang dah tak aktif and ada yang kurang post tapi masih lagi bukak blog. Almaklumlah, semua dah busy kerja and dah kahwin. Confirm-confirm tanggungjawab bertambah. Iye idokk?? Yang paling lama aku dah ta nampak antaranya Leya Yeolly, Aisyah Nyais. Kak Rrai pun aku sedar dah ada anak dah, rasa zaman aku awal awal blogging dulu masih single. Hehehe.

So, today I will start with the first challenge which is "Introduction and recent photo".

Hi, my blogger name is Beeha Azman. I started blogging since 2015. Memang waktu tu sangat berkobar-kobar nak menulis. Dua tahun terawal tu, post entry aku sampai 100 lebih jugak untuk setahun. Tapi dua tahun baru-baru ni, less than 20 beb! Aiyooo, merudum teruk sangat ni. Sebab tu memang excited gila nak join blogger challenge dari Kak Rrai ni. Beeha masih lagi student, degree in Biomedical Engineering di IUPUI, USA. Alhamdulillah, bersyukur sangat diberi peluang untuk study luar negara dan in shaa Allah pengajian akan habis setahun lebih lagi. Doakan semuanya lulus dan berjalan lancar ye!

Blogging ni menjadi hobi aku sebab waktu MRSM dulu, aku sangat suka akan subjek Bahasa Malaysia! Bukan nak riak, tapi aku dapat A+ untuk SPM (rasanya patut consider riak jugak ni). Jangan kecam aku macam mana Cik Epal kena. Jkjkjk. Aku rasa itu subjek yang paling aku suka, aku tak minat sangat subjek Bahasa Inggeris. Aku tak tipu, aku selalu dapat B or C- dalam exam-exam. Sebenarnya malu jugak nak mengaku. Iyelah.. Sekolah MRSM, tapi subjek BI kau hampehh. Rasa malu sangatttt. Cikgu target aku straight A tapi English aku kecundang. Sipi sipi nak A. Sebenarnya ada trajedi dekat sekolah rendah yang buatkan aku tak minat English. Itu aku cerita lain hari lah eh. 

So, masa dapat keputusan tu aku sedih gila. Sebab kawan-kawan yang cikgu dah target straight A tu memang dapat straight A lah. Aku ni English tu the only subjek yang mencacatkan aku punya result. Tapi aku still bersyukur sebab masa tu aku dah start program MADPP. Program ni dipilih mengikut result percubaan SPM MARA. Orang cakap exam ni susah laa dari budak-budak kementerian punya exam percubaan. Wallahualam... So, aku a little bit lega sebab aku tak perlu risau macam mana impian aku nak dapatkan pinjaman mana-mana sebab aku tak dapat straight A. Time aku pun dah banyak pinjaman yang memang requirement nak at least 8A and wajib English A.

Beeha stop kejap cerita pasal lepas SPM, kalau ada sapa-sapa berminat nak tahu boleh laa comment. Nanti aku cerita apa jadi lepas SPM or experienced menghadapi SPM untuk adik-adik yang belum menduduki SPM.

Currently, goyang kaki je kat rumah ni. Nak buat intern pun at least kena tiga bulan. Tapi Beeha cuti pulak less than 2 months. Tak cukup requirement. Aku share sikit gambar aku time Spring Break haritu.


This is my current photo. Taken by Irfan Zulfadhli on March.

Aku saja malas nak share gambar sekarang ni sebab tak pakai makeup. Confident tu kurang sikit tambah-tambah aku baru tahu muka aku ni breakout. Aku ingat hormon yang buatkan jerawat-jerawat aku naik dengan subur.



11 comments:

  1. you know what,i'm really impressed that you can go to USA .. Bukan semua org dapat peluang mcm tu.. nak juga tahu perkembangan Beeha lepas SPM, sbb sy mmg suka baca kisah2 pasal study, mungkin sbb bagi sy study tu something that really precious to me.. Ramai dah blogger yg kurg aktif menulis tp jadi silent reader dan aktif kat sosial media.. kdg2 rindu juga zaman blogging dulu2 rasa mcm meriah je.. hehe~ so for comment too long..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Kak Nurul. In shaa Allah, I'll post the stories later. Banyak jugak ups and down selepas SPM tu.

      Delete
  2. Hi Beeha! Hahaa. Sama lah dgn kite. Jarang bukak blog tapi nak usahakan buat challenge ni supaya takde lah bersawang blog tuuu hahaha.. Welcome back Beeha!

    ReplyDelete
  3. salam blogwalking to u beeha
    masuk blog ni terus tingat balik zaman study dulu2
    penah sampai ke IUPUI few times, sempat pegi factory outlet bagai semua
    anyway keep on writing and make the most of your time kat sane :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah sis uni mana dulu? Tahun bila?

      Delete
    2. dulu kat st.louis
      tapi lamaaaaaaaaaaaaaa dah, back in the late 90s ^_^

      Delete
  4. akak dulu pun paling minat dgn bm dan paling tak suka dgn bi.
    harap beeha dapat menulis tentang apa yang dah jadi lepas spm, tak sabar nak baca :)

    ReplyDelete
  5. Hai Beeha.. slaam perkenalan.. hehehe..
    Semoga perjalanan menuntut ilmu Beeha dipermudahkan Allah..

    ReplyDelete
  6. hai beeha.
    rasa nyer da lama juga aida folo blog beeha.
    tapi tak naik link beeha ni kat reading list aida :)
    pagi ni baru ternampak, and aida blogwalking sini.

    aida blogging since 2009. lagi la ramai blogger saing aida yg da pencen 'blogging'.
    now, mostly ada grup blogger, so terasa terpinggir :) sebab tak join memana grup pun.
    hi hi hi hi hi but still menaip kat blog tu satu kepuasan bagi aida.
    sharing pe yg patut :)

    ReplyDelete
  7. anyway, challenge day 2 takde ekk ?
    terlepas pandang mungkin? :)

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)