New Year at Chicago!

By Beeha Azman - 1/01/2019 10:28:00 PM



Yeayy, my boyfriend planned to celebrate new year at Chicago! Excitednya sebab susah sangat nak roadtrip ke apa dengan dia. Tengok couple lain seronok je trip with their partners. At least pergi Chicago tengok fireworks pun jadi lah. Hahaha.

31 Dec, kitaorang gerak pada pukul 10.30 dan singgah Purdue untuk makan. Ni kali kedua aku makan dekat Parkway Pizza. Dua kali pergi, dua-dua aku order thin crust BBQ Chicken pizza. Sedap gilaaa. The only halal pizza area sini. Bukan senang nak dapat kat sini. After that, kitaorang gerak terus ke rumah Puan Baya (salah seorang Embassy Malaysia di Chicago). Kitaorang tumpang rumah dia untuk semalam.

Then, around 9 pm kitaorang gerak ke downtown Chicago nak tengok fireworks! Parking dekat dengan Halal Guys ingatkan buka laa kedai tu, rupanya tak. Encik boyfriend nangis-nangis dah lapar. Hahahha. Gurau je, tak cool laa kalau dia nangis. Kitaorang jalan ke depan sikit and makan pizza lagi di Giordano's. Tapi pizza kat sini famous sebab tebal dia lain macam. Hahaha. Memang tebal about 1inch and half kut. Cepat muak laa bagi aku tebal-tebal macam tu.

We have 30 mins before 12. Jalan laa sikit pergi dekat dengan Navy Pier.

At Navy Pier
Video fireworks aku lupa nak save dari insta. So, I cannot upload it here. Tapi fireworks kat sini tak happening langsung compared to Indy tahun lepas. Meletup macam nak tak nak je. Hahaha

Happy New Year! May I can achieve what I wish for this year.



  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)