Rutin petang Beeha Azman, berjogging di Canal Walk |
Assalamualai'kum.
Almost sebulan juga eh aku tak berblogging. Sungguh bosan. Bersawang dah blog ni. Harini tiba tiba ada aura nak tulis blog. Dua tiga hari lepas aku baru tengok insta blogger Cik Epal. So, ramai followers dia tanya pasal blogging. Cik Epal ni pun cerita la dia start blogging ni dari umur 18, lepas SPM. Dan sampai sekarang laa dia masih aktif lagi berblogging. Macam Hanis Zalikha tu, dia dah lama juga tak update blog dia semenjak dah berkahwin. Tapi, Cik Epal ni aku memang tabik la. Even dah sibuk dengan anak dan suami, tapi masih aktif berblogging.
Biha ni padahal hari hari ada je masa boleh cari untuk update. Tapi, aku fikir tak ada benda untuk aku cerita dan malas kut sebenarnya ni. Sekarang Biha tengah ambil kelas online, kelas geografi sekadar subjek elektif. Itupun aku malas nak buat. Aku lebih suka kelas tradisional, pergi kelas, ambil nota, dengar cikgu cakap, lepas tu balik dari kelas. Kalau kelas online ni, kau kena rajin buka canvas, check notes yang terbaru, kena dengar video dan baca notes dia bagi. Time dengar video tu, rasa macam berperang je. Berperang dengan diri sendiri tak nak mengantuk. Sangatlah bosan.
Sekarang pun, asyik tidur lambat. Kadang-kadang dua tiga pagi baru tidur. Aku jenis tunggu buah hati text tulis good morning, kadang tu dia call dulu. Baru aku rasa aku boleh tidur. Rasa macam settle rutin untuk haritu dan boleh tidur. Dia pun selalu bangun lambat. Mahu taknya, kadang lepas subuh baru tidur. Sebelum subuh tu, aku dekat sini petang.. Memang nak laa dia call before dia tidur. Susah laa bila long distance relationship dan waktu pun berbeza. Sorang tidur, sorang bangun. Yang sana dah bangun, sini pulak nak tidur. Kalau macam tu bila laa nak whatsapp, bila la nak call kan? Sebab awal awal dia balik Malaysia haritu, everyday dia call aku. Dia pun tidur lambat sebab jet lag. Tiga empat pagi pun tak tidur lagi, jadi dia call Biha. Biha waktu tu, baru empat petang. Kadang-kadang tu dua tiga kali call sehari. Bila dah sebulan macam tu, memang kalau sehari dia tak buat, aku rasa sunyi. Benda ni pun kitaorang boleh bergaduh. Biha laa mula merajuk dan terasa hati, rasa macam dia tak peduli dah macam sebelum ni.
Stop kejap pasal tadi tu. Sekarang Biha nak share rutin baru dari minggu lepas. Aku seronok dapat teman untuk berjogging. Ulfa laa dia suggest untuk jog sebab kitaorang bosan sangat. Aku memang ON laa sebab itu memang rutin aku sebelum ni. Tapi, sebelum ni aku jog dekat gym dan kena bayar $25 sebulan. Ni, kitaorang jog dekat Canal Walk (sila lihat gambar di atas). Free pun free. Setiap petang ramai juga laa orang pergi jogging dekat situ. Harini dapat jogging dalam 15 minit macam tu. Selebihnya aku dengan Ulfa jalan slow slow. Penat sangat bila dah lama tak jogging. Perlahan-lahan laa kitaorang start balik nak naikkan stamina tu. Hehehehe.
Saya irfan buah hati dia tu hhehehehehe
ReplyDeleteSaya lah yang biasa call dia tu
ReplyDeleteoh boy :3
Delete