September 17, 2017

Current Relationship

From google

Hi, good afternoon from Indianapolis! 😁

Happy for the first challenge? Emm I think so, sebab topic ni quite interesting jugak for me.


 Your current relationship. If single, discuss being single.


Current relationship Beeha? Of course laa single. Kalau tak mesti instagram Beeha atau blog agaknya asyik buat luahan perasan pasal boyfriend. Ye ke tidak? Ehh tapi takde lah asyik nak post entri pasal boyfriend je memanjang. Kau ingat ini novel yang tiada penghujungnya ke? Siapalah yang nak membaca kisah luahan perasaan boyfriend and girlfriend a.k.a CINTA MONYET. Takan laa everyday, kau nak cerita apa sweet moment kau dengan boyfriend atau nak cerita pasal korang bergaduh? Alahhh, simpan je lahh dalam selimut.


3 Best Things About Being Single.


1. You get the freedom!

Mungkin sesiapa yang dah alami break-up dengan kekasih lama, korang akan rasa menyesalnya.. "Kenapalah aku couple dulu, single ni lagi best lah. You get your freedom." Ini pendapat Beeha jer. Mungkin ada yang single ni rasa sunyi? Perlukan seseorang? Itu masing-masing punya kehendak, bukan keperluan. Being single, you can do anything without feel someone is watching you or senang kata nak control cun/ayu laa kononnya depan boyfriend. *muntah hijau, sorry aku tak jumpa emoticon muntah hijau tu kat sini* Alahai Beeha ni, kau cakap lebih-lebih pulak, nanti kau ada boyfriend, kau yang lebih control ayu/cun. Hahhaha. Aku admit, aku pun akan buat benda yang sama kan? Hehh.

Tapi, yang pentingnya bila single ni, takde laa istilah boyfriend/girlfriend kau jealous tengok kau rapat dengan orang lain. Tambah-tambah yang kaki cemburu macam aku ni. At least aku rasa, aku ni cemburu yang berpada-pada laa.. Takde laa sampai nak psiko haa.


2. Have plenty of time!

This one, I really agreed! Bayangkan kalau ada boyfriend, kononnya tak nak call laa everyday. Seminngu sekali cukup lah. Boleh jadi ke uools? Tengok2 setiap hari bergayut, sampai nak tercabut telinga tu. Beeha pun kalau call dengan Ulfa ataupun family, sejam lebih pun boleh jadi. Apatah lagi dengan boyfriend, kan? Tak jadi kerja macam tu. Maklumlah, cinta itu buta. So, bila single ni.. Boleh laa Beeha bagi perhatian untuk blogging ni. Tengah single pun susah nak blogging. Apatah lagi dah berpunya.


3. More focus!

This one is my personal opinion. Yang namanya Nabihah ni kononnya boleh multi-tasking lahh, tapi kalau benda yang berkait dengan C.I.N.T.A dan PELAJARAN, I cannot be a multi-tasking person. Sebab aku seorang yang sangat sensitif dan cepat sangat 'down'. Please yang haters tu, hopefully bila korang tahu kelemahan aku, janganlah nak melemahkan aku lagi. Then, bila aku single.. Aku perasan, semua benda kalau nak study mudah masuk, and I be like, "mungkin Allah reda apa yang aku buat, sebab aku buat perkara yang baik." Aku rasa lagi tenang bila single. Dan aku takde lah sampai fikir tak nak kahwin ke apa. But, this is not the right time. Fokusku hanya pada Allah, family dan pelajaran. Tiga2 ni dah capai, In Shaa Allah yang lain pun Allah akan permudahkan.


Siapa yang single tu boleh share sikit, apa korang rasa being single? Feel free to share your opinion, your experience in the comment box below. Happy weekend!






8 comments:

  1. Ada boyfriend, haha, dah 6 years kawan, tak pernah gaduh...mcm tak percaya kan? Tapi tu la kami amalkan prinsip single selagi tak kahwin, so takde kongkong2, or gayut2 yang tak perlu, bestnya sbb bila perlu seseorang ada support dari dia..hmm. Skrg dah tunang, dgn org yg sama, hihihi :P Just sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tunang? Tunang dah masuk alam lain dah nii. More serious. Moga berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Aminn..

      Delete
  2. yes! single is everything. freedom dia lain macam 😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, freedom dia sebab tak ada orang nak kongkong kut. hahaha, no one will get jealous with u, except your enemies. Hhhaha

      Delete
  3. Being single, dapat buat apa yang kita mahu...dapat travel pg mana2 tanpa perlu buat daily report tiap2 hari dan paling penting nikmati saat2 single buat apa yg kita nak buat sebab masa tgh couple atau tgh komitment mesti ada benda kita tak dapat buat kan...dan fokus dengan diri sendiri :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, I setuju dengan miss tins! Bila couple kita ada commitment with that person, and kadang nak buat benda pun ada halangan (mungkin dia tak setuju dengan apa yang kita buat, kan). So, luangkan masa jadi single ni dengan sebaik-baiknya. :)

      Delete
  4. Bila single ni biasalah, rasa free. Tapi tu lah, bila lelaki tahu kita single, mula lah... Ada yang terlekat, ada yang tak. But when I think really careful, I wanna stay single & see siapa yang ada dengan I susah senang sampai I berjaya one day, InsyaAllah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sofea, susah nak cari orang yang sentiasa bersama time susah/senang.

      Delete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)