July 8, 2017

More Than 10 Hours In Flight



cc: ashokboghani from flickr


Hello bloggers. I miss blogging so damn much! Dekat sebulan jugak mendiamkan diri. Almaklumlah, seminggu sebelum raya Beeha baru sampai Malaysia. Punya laa penat, bayangkan lebih 10 jam dalam kapal terbang! Bapak kebas punggung..😩

I dunno why this couple week, I'm so lazy to update my blog. Seriously, not only in this few weeks but almost three months I stopped from blogging. Such a lazy girl though. 

So, for this time I gonna sum up my stories from USA came back to Malaysia my beloved country (not the weather tho). #pleasejangankecamsis. Sepatutnya Beeha perlu bersyukur dengan cuaca di Malaysia yang panas lembap. Tak tipu, memanglah di USA cuaca yang sejuk begitu nyaman sekali tetapi kalau dah nama musim 'winter', sejuknya boleh mencecah negatif. Kau rasa? Takkanlah setiap kali salji kau nak pergi main salji, kan? Terperap dalam bilik, nak keluar jalan jalan pun susah dengan jalannya yang penuh dengan salji. Bila musim panas, terlalu panas pulak!💆 Uishh migrain. Matahari mencacak macam satu inci je daripada kepala. Baru dua hari dah nampak 'sunburn'. Dahlaa kita ni kulit sawo sawo matang je, dah kena 'sunburn' tu macam ayam kena panggang.

Jadi berbalik kepada cerita asal, pengalaman saya balik pertama kali ke Malaysia setelah setahun lebih di US. Raya tahun lepas tak balik sebab ada kelas. Jadi, tahun ni try jugak nak balik beraya. Yelah, roommate balik.. Kawan2 yang lain pun balik, takkan aku nak tinggal sorang2. Boleh dilanda kemurungan macam ni. Tiket flight aku 16 Jun. Final exam abis 13 Jun. Memang cun sangat tarikh. Tapi penat Ya Rabbi, because that month is the last for our house lease. So, we need to move out from that house. Dah duduk townhouse, like dua tingkat rumah tapi duk tiga orang je. Penat nak kemas atas bawah, bilik and toilet lagi. Kalau tak cuci betul2, tak dapat pulak deposit rumah nanti. 

Sebelum keluar dari rumah, aku kemas laa jugak apa yang patut. Tapi kesiannya kat dua roommateku, flight diaorang 17 Jun. Satu hari lambat dari aku. So, mostly rumah tu diaorang yang tolong habiskan kemas. Totally, rasa terhutang budi sangat dengan diaorang. Missing you guys, setelah setahun kita tinggal bersama.



Flight Beeha hari Jumaat pukul 5.30 pagi. Airport dengan rumah aku lebih kurang 20 minit. Tapi disebabkan pagi buta punya flight, decided untuk pergi lebih awal. Before 12 a.m lagi aku dah sampai dekat airport. Nasibla Ulfa yang tolong drivekan aku kesana ditemani Amalin. Sumpah sebak. Kalaulah nak sewa taxi malam malam, sumpah cuak jugak. Dah sorang2. Aku nangis diaorang dua ni nak balik tinggal aku kat airport. 😭 Plan awal memang nak balik sekali, tetapi aku orang last dapat tiket 16 Jun. Diaorang tak sempat, terpaksa balik 17 Jun.

Menunggulah aku dari pukul 12 sampai 4 pagi baru kaunter nak check-in buka. Punya laa berdoa sebab max berat per bag hanyalah 25kg. Dan aku punya beg memang lebih muatan, itupun sebelum Ulfa balik tadi aku sempat buangkan sikit barang minta tolong Ulfa yang bawa balik nanti. Doa punya doa, terlepas jugak akhirnya.. Alhamdulillah, kalau tak melayang laa $100 aku.. Dah duk fikir kat Malaysia confirm kena bayar ni dah lebih. Dah settle yang tu, boarding pass pulak punya hal. Aku sorang je yang tak dapat boarding pass time kat kaunter tu. Orang tu suruh aku minta kat dalam nanti. Jadi, dah time for boarding, beraturlah aku bawa beg galas belakang satu, hand carry satu. Ni part yang paling malas sekali, kasut nak kena buka, laptop lagi nak bawa keluar. Dengan aku bawa pulak bantal leher, tak menang tangan. Bila dah sampai kat gate, tunggu dalam beberapa minit macam tu aku dengar "Miss Azman, Miss Azman." Aku baru terperasan, la nama ayah aku tu.. So, pergi dekat kaunter, rupa-rupanya dia nak bagi boarding pass yang aku tak dapat tadi. Tapi, aku cuak. Kenapa tiketku hanya dari Eugene sampai Singapore je ni? Mana dari Singapore ke KL? Dah tanya, dia cakap sebab dari Singapore ke KL guna airline lain, dia tak dapat bagi boarding pass tu. Aku kena minta lain waktu dekat Singapore airport nanti. Fuhh, lega dengar.

So this was my iterinary:

Eugene --> Seattle --> Narita, Japan --> Changi, Singapore --> Kuala Lumpur --> Penang

Bila totalkan semua, lebih kurang 20 jam jugak dalam flight itu tidak termasuk waktu transit lagi. Bosan tu, tak payah cerita banyak laa. Sampai tak tahu nak buat apa. Tambah-tambah flight Seattle ke Narita 10 jam, dah puas layan movie dalam flight. Then, tukar pulak main game. Perut pun meragam rasa ak muntah lah apalah, aku ingatkan gastrik lah sebab waktu makan tak proper. Puas aku paksa nak muntah sebab nak bagi lega. Tapi tak jugak okay. Duk senyap2 and tertidur. Terjaga, pramugari hantar makanan. Disebabkan aku musafir, so aku tak puasa. Solat still macam biasa. Cuma kalau nak puasa tu, mungkin 20 jam lebih kena tahan lapar. Waktu berubah2, contohnya macam dekat Seattle tengah hari berlepas, tapi dah sampai dekat Japan pun still siang lagi pukul 2 petang macam tu even flight dah 10 jam. So, dari menahan lapar macam tu, diharuskan untuk tidak berpuasa.

Okay, dah transit di Japan selama 3 jam. Dari Japan ke Singapore mengambil masa 7 jam. Dalam flight aku sempat berbual dengan penumpang disebelah kanan (aku dapat sit tengah). Agak tak suka bila dapat sit tengah ni, susah betul kalau nak keluar pergi tandas. So, kitaorang borak2 kosong dan masa tu tangan kiri aku ada henna. He asked me, "Is it your tattoo? So nice!" and I replied to him, "This is not tattoo, this is henna like a temporary tattoo maybe. Hhahha". He laughed at me. 😂 Hilang kejap bosan aku. Kalau flight sebelum ni, kiri kanan aku semua pandang atas bawah je. Aku dalam hati, apehal kau ni.. Aku ada buat masalah ke apa?

Stop pasal tadi tu, sekarang sambung setelah aku sampai di Singapore. Agak lama transit di Singapore lebih dari 5 jam. Sampai-sampai terus cari password. Geram jugak rasanya sebab nak minta password kena tunjuk passport. Wifi pulak boleh guna 3 jam je. So, guna sorang je passport untuk tunjuk bukti dan minta minta lima password. Sebenarnya aku termiss nak cerita yang aku balik ni, bertemankan empat orang perempuan dan tiga lelaki. Jadinya, orang lain pulak yang tunjuk passport and password Wifi tapi kitaorang pergi dekat kaunter lain laa. Bijak kan? Hahahaha. Then, time for us untuk cari spot untuk tunggu pukul 6 for boarding time for the next flight. Kitaorang punya lah cari terminal sepatutnya, alamak! Jauh giler. 20 minit kitaorang jalan dalam airport tu sahaja. Punyalah hujung terminal kitaorang tu.

So, dah jumpa spot baik punya. Semua pakat lepak kat tepi kerusi and nak tido. Penat sangat. So, only me yang susah nak tido. Akhirnya, aku baru terfikir "ehh, boarding pass aku dari Singapore ke KL mana ada lagi kak oiii!". Yang namanya Beeha ni memang cepat cuak. Pergi laa ke kaunter pertanyaan, minta Anis(one of my friends) temankan. Kaunter pulak tutup sebab dah pukul 12 pagi, 5.30 pagi baru dia buka semula.😓 So, hati ni agak tak tenteram. Boarding time dah pukul 6 pagi, dari gate aku tu ke kaunter ada jugak 10 minit jalan. Tunggu punya tunggu, dan yang lain pun nampak gaya dah tido nyenyak. Tiba-tiba dalam pukul 3 lebih ada polis Singapore ni berjalan-jalan area tu dan gerak kitaorang dengan nada yang macam marah2. "Hey guys, wake up! wake up! Show me your passport and boarding pass." Kali kedua aku senyap bila dengar boarding pass, sebab aku takda boarding pass. Nasib baik dia tengok sorang ja.

Sampailah jam aku dah menunjukkan pukul 5 pagi, yang lain pun dah bangun. Dah ready semua. Aku pun get ready jugak nak pergi kaunter lagi sekali. 5 minit lagi sebelum pukul 5.30 pagi, aku pun ajak Anis lagi sekali temankan aku ke sana. So, dah sampai kaunter pertanyaan, dia suruh aku pergi ke kaunter check-in. Dah tunjuk passport semua, dia minta pulak tagging bag. Disebabkan luggage aku to one way dari Eugene ke Kuala Lumpur, sebab tu lah dia nak semak semula tagging bag aku tu.. Aaaa sudah.. Tagging bag tu dah aku tinggal dekat hand carry aku. Terpaksa aku berlari pergi sana, semput jugak lama tak berlari ni. Dah jauh. Nasib aku suruh Anis yang tunggu dekat kaunter tu. Memang waktu cukup-cukup ja. Dah dapat boarding pass, terus pergi gate semula and beberapa minit lepas tu kitaorang pun boarding. Nasib tak lama flight ke KL.

Dalam hati tak sabarnya nak dapat tidur yang puas kat rumah. Chopp! Aku baru sampai KL. Dah amik luggage semua dan bergegas nak keluar dari tempat pick up luggage tu, ada la mamat polis tahan aku kejap. Yang peliknya aku sorang je yang kene? Ke sebab aku pakai tudung putih ni menyerlah sangat? Hahaha. Macam tak logik. Then, dia minta passport dan tanya dari mana nak kemana. Aku denagn selamba jawab je lah dari US balik cuti raya. Ni nak check-in flight pergi Penang pulak. Ohh, mamat polis ni pun dari Penang jugak, orang Bukit Mertajam.. So, aku pun pergi laa cari kaunter mana nak check-in flight MAS ni. Dah sebab tak pernah, tercari cari jugak laa kaunter. Dah aku pergi bahagian hujung kanan G, H rupanya kaunter dia di B. Patah laa balik ke sana.

Dalam hati tak sedap dah ni, rasanya macam kena bayar je ni. Tup tup betul la tu. Bodoh jugak aku masa tu, terlalu nerd jugak. Aku pergi soal dulu lebih kena bayar berapa? Dan orang yang jaga dekat kaunter tu pun tanya balik awak nak bayar ke? Pastu, takkan aku nak jawab laa tak nak. Baik aku buat dekk je dari tadi. Kalau dia minta baru bayar. Disebabkan domestic flight hany 30kg max, so satu beg lepas laa.. Lagi satu beg tu dah berat 25kg, memang kena bayar lah. Nak marah juga, sebab syarat baru sekarang, jika lebih berat untuk penerbangan domestik akan dikenakan cas sebanyak $8 untuk 1kg. You know what, $1 almost RM 4.30. Kalau dah $8, kau rasa? Melayang RM900. Dah dengan takda duit ringgit Malaysia langsung. Nasib dia bagi aku guna debit card.

Dah tu, kena pergi kaunter lain pulak untuk buat pembayaran guna debit card. Baik jugak la pakcik yang jaga tu. Dia cakap minta maaf laa dik sebab syarat baru ni. Kalau tak dulu 5 kg RM45. Takde laa mahal sangat. Dan waktu tu jugak aku tanya dia, ada tak booth celcom kat sini. Nak minta orang keratkan sim card aku yang besar tu untuk masukkan dalam IPhone. Itulah, sebelum ni bukan pengguna IPhone. Jadi, berlari-lari anak jugak aku ni pergi tingkat 3 nak cari booth celcom. Yeaayy, finally boleh guna dah sim card Malaysia. Waktu tu jugak call mak, bagitahu dah ada kat KL. So, get ready nanti ambik kakngah kat Penang Airport.

Dekat sejam jugak aku tunggu untuk boarding time. Sekarang baru aku sorang2. Hati ni uhh ahh uhh ahh jugak risau sebab hand carry bag aku berat. Sebab aku letak pinggan mangkuk corelle yang aku beli kat US. Before this, nasib orang American tolong angkatkan beg aku letak kat atas cabin tu. Ni sapa nak tolong aku. Aku acah acah kuat, angkat sorang2 beg tu. Sumpah, nak terjatuh beg tu kat muka tapi aku tahan dengan pipi. Ini lawak gila dan aku malu. Nasib laa ada pak cik yang duduk dekat sit tu, tolong tahan beg aku dengan tangan dia. Sempat jugak aku kumpul tenaga nak tolak lagi beg tu. Hahaahhaa. Ready take off to Penang. Alhamdulillah, sampai pukul 12 tengah hari di Penang pada hari Ahad.




14 comments:

  1. bersabar lah beeha..anggap jak tu ujian di bulan puasa..

    ReplyDelete
  2. Wahhhhhh. Selamat pulang ke Malaysia Kak Beehaa :D

    ReplyDelete
  3. Panjang entri ini seperti masa perjalanan Beeha pulang ke Malaysia =D

    Apa pun, Beeha selamat sampai dan dapat bersama keluarga tersayang. Alhamdullilah

    Selamat hari raya Beeha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Siqah , Lama betul you tak singgah sini..

      Delete
  4. Welcome back beeha. Selamat hari raya. Anggap la itu satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

    ReplyDelete
  5. wow. sungguh la panjang cerita seperti perjalanan nyer.
    pengalaman tu, beeha :)

    ReplyDelete
  6. Macam-macam dugaannya. Macam saya, selalu kalau nak timbang luggage masa check in ni, baca doa banyak-banyak sikit sebab memang selalu terlebih berat.

    ReplyDelete
  7. Banyaknya transit! You must be tired as hell.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)