This is not mine. :')
Siapa pernah main hoki? Angkat kaki cepat. Ehh, lawak jea. Saja lah nak throwback again zaman sekolah menengah main hoki. Kiranya kawan kawan Beeha yang pernah Beeha cerita di entry sebelum-sebelum ni, diaorang juga antara member team hockey juga. Rindu nak main hoki, sebab ni one of permainan yang Beeha memang nak try main dari sekolah rendah lagi, but I was lucky girl then.. Waktu Form 4 barulah MRSM Kepala Batas kembali aktif dalam permainan hoki. Waktu tu cikgu mencari pemain hoki baru, waktu itulah Beeha join pemilihan hoki. Coach kita orang ialah Ustaz yang mengajar kami di sekolah.
Jum, nak kenalkan alat alat apa yang digunakan waktu bermain hoki.
Yang di atas ni adalah kayu hoki or we called it , stick. Dua gambar tu mempunyai perbezaan. Yang sebelah kiri, korang tengok di hujung bawah stick , lekuk dia sedikit berbeza dengan sebelah kanan, kan? Sebenarnya, yang kiri tu stick khas untuk goalkeper team hockey. Yang di kanan tu, barulah untuk player2 yang lain.
Kasut ni I google je. Heheee. Untuk pemain hoki perlu mempunyai kasut yang ada bintik2 macam tu bagi menelakkan licin sewaktu di turf. Kalau diikutkan , memang ada kasut khas untuk bermain di atas turf dan mencecah tiga empat ratus jugak kasutnya. So, Beeha tak mampu la nak beli mahal2 macam tu, dan setakat nak main wakil sekolah je. Jadi Beeha beli sport shoes yang ada bintik2 macam tu.
Ini bola hoki, sekali pandang macam bola golf pun ada.. Tapi yang ini besar sikit. Selalu jenama GRAYS ni lah yang kitaorang guna waktu latihan mahupun real game. Huhhh, kena bolaa ni memang lebam seminggu. Beeha pernah kena, waktu tu pihak lawan nak pass bola kepada gen diaorang but tak kena, tapi kena kat lutut Beeha. Perghh, sakit gilaa weyh. Seminggu ungu jaa lutut Beeha.
Ini pula mouth guard, tapi tak wajib pun pakai kalau permainan bukan international. Nama pun mouth guard, memang pakai dalam mulut laa untuk jaga gigi. If bola kuat terkena di mulut.. At least benda ni halang dari gigi patah. Sekali jea Beeha penah pakai, then the other games Beeha tak pakai pun sebab tak selesa. Susah nak cakap. Haaahahaa
Ini adalah knee guard, ia panjang sedikit dari knee guard untuk pemain bola sepak. Ini memang wajib ehh untuk pemain hockey. Sewaktu kita pass bola, mungkin bola tu kadang2 tak meleret di lantai, tapi terlantun sikit kena bahagian betis. So, kalau ada knee guard ni, korang tak laa rasa sakit.
Ini adalah goalie mask. Selalunya penjaga goal je yang pakai topi ni, as safety untuk diaorang jugak. Sebab kita tak boleh harap bola datang dari bawah kan? Kalau datang dari atas, tepat kena muka mesti berdarah. Jadi, topi ni lah sebagai alat keselamatan untuk goalkeeper.
Inilah full alat keselamatan yang perlu dipakai oleh goalkeeper. Kesian diaorang susah jugak nak pakai benda alah ni. But keep in mind, safety first. Nak taknak, wajiblah pakai.
Inilah yang dipanggil turf, tempat bermain hoki. Rumput dia bukanlah semula jadi, hanya tiruan. Bila turf dah kering , akan ada air keluar untuk basahkan turf, sebab tu licin. So, kena pakai kasut macam Beeha tunjuk tadi.
Inilah goal untuk hockey, tak sebesar football pun, tapi nak jaga bola yang datang bukanlah senang. :)
Ini adalah position2 dalam permainan hockey. Jumlah pemain untuk satu team adalah 11 orang sama seperti bola sepak. Beeha pegang posotion wing, selalu tukar2 left or right dengan Ainaa-my best friend.
First time latihan hoki tu, satu je yang korang akan rasa, sakit pinggang. Bagi yang suka benda2 tough macam ni, boleh la join sukan permainan di sekolah. Hoki ni banyak kena tunduk.. Lagi rendah korang punya badan, lagi senang nak push bola, and sasaran lagi lebih tepat. Kalau ikutkan banyak benda lagi Beeha nak cerita pasal hoki ni, cara nak pegang stick macam mana, apakah latihan asas yang diperlukan sebelum betul betul mahir bermain di atas turf, teknik dalam hoki, cara tolak or tarik bola. Macam-macam sebenarnya, tapi penat sudah tangan menaip. Setakat ni je yang Beeha boleh kongsikan tentang alat alat hoki. :D
Pernah belajar main hoki. Tak belajar mendalam pun. Just cane nak pegang stik and bawak bola tu semua. Belajar pun masa sekolah rendah. Masa cikgu tunjuk demo, mak aih terkejut bola yg berat tu boleh terpelanting tinggi. Haha pastu terus takut hahaha
ReplyDeleteNasib terpelanting tak kena orang kan? kalau tak lagi trauma pa.. >,< Heeheee.
Delete