January 2, 2016

Permulaan Sedih






Dari semalam lagi aku sedih.. 1 Januari 2016 dah dapat berita yang tak senang hati bagi Beeha. Dah lama pendam.. Setiap orang mempunyai masalah masing-masing dan berbeza-beza kan? Jadi Beeha anggap ni sebagai dugaan and bukan takdir Beeha untuk sambung belajar di USA. Rasa kecewa jea ikut program persediaan MADPP ni.. Dah laa 9 bulan without PNG and sijil tamat persediaan tu tak valid pun untuk Beeha apply mana mana degree di Malaysia..

31 Disember , pihak ni bgtahu kitaorang boleh fly selewat-lewatnya March. Masa tu rasa macam Ya Allah betul ke ni.. Boleh percaya ke, ke ni hanya dugaan je berita separuh gembira ni?.
Then, esoknya pulak.. 1 Januari 2016 (tengah berseronok cuti di Cameron highland dengan family) pihak ni bagitau kitaorang dapat fly bulan August 2016 (intake fall) but you have to payback full amount for College's fee in USA. Kalau nak bayar balik ikut pointer di college , I have to repeat again my TOEFL yang tak cukup 90 points tu.. Bayangkan if 250k perbelanjaan di sana and Beeha dah berhutang banyak tu untuk bayar balik. Sampai bilaa nak bayar balik, nanti dah kerja , hutang kereta lagi , nak beli rumah lagi. Aduhhh... Macam-macam pulak kan.. Entahlaa, but I keep thinking apa orang sekeliling akan cakap.. Takut diaorang akan pandang remeh dekat Beeha.. Cukuplah waktu first exam TOEFL yang Beeha tak pass tu , ada someone ni cakap "Asyik cakap pasal rezeki2 ja, dah tak usaha macam mana Allah nak bagi". Pedih jugak dengan kata mamat tu, macam tak percaya pulak dengan ketentuan Tuhan dan nak buat macam kalau aku dah usaha tapi rezeki tak berpihak pada aku.




Sekarang ni Beeha buat pilihan untuk tidak fly. Beeha taknak dah repeat TOEFL yang setiap exam perlu byar $185 *korang convert laa dalam MYR brapa banyak. :O . Bagi Beeha biarlah tak dapat fly sekarang pun.. Waktu master nanti , pulun betul betul. Jadi sekarang ni, Beeha nak start dari mula balik, nak apply UPU macam mana kawan-kawan Beeha rasa dulu. Tapi, yang kurangnya dekat sini Beeha dah lambat setahun.. Orang lain dah nak abis asasi , matriks semua.. Beeha baru nak apply sama macam budak lepasan SPM 2015.

Lagipun, banyak dah dugaan belajar di KKTM time buat preparation.. Beeha dapat asasi farmasi time tengah buat preparation ni, but Beeha tolak tawaran tu sebabnya kalau tak abiskan preparation di KKTM tu sama macam Beeha tarik diri dan kena bayar balik perbelanjaan yang diberi.. Tak nak amik risiko Beeha teruskan jugak. Tunggang terbalik Beeha pulun untuk SAT and TOEFL , nasib SAT lepas but TOEFL tak cukup points yang ditetapkan.. Seriously cakap, Beeha tak pandai English and Beeha tak suka dengan subjek tu dari sekolah menengah disebabkan satu peristiwa ni *kena rahsia laa peristiwa ni. Hehee

Dah abis SPM tiba tiba dapat pulak tawaran ni and kena interview.. Then, pass interview kena laa masuk.. Tapi nak buat macam mana, mungkin bukan rezeki Beeha belajar di USA. Beeha tak pernah lagi rasa kecewa macam ni. Di MRSM  pun still dapat pointer 3.7 above, and tak pernah rasa zaman kejatuhan macam ni.

But , I didn't tell yet my parents about this . :'( Takutt...




Beeha berhasrat nak sambung Biomedical Engineering di local jea. Tapi Beeha tak tahu sangat bab2 ni. Lagipun di Malaysia bidang ni di antara yang baru dan tak banyak Universiti yang tawar bidang ni. So, Beeha nak minta tolong sis or bro yang terbaca entry Beeha ni, cadangkan boleh tak universiti apa yang sesuai untuk degree bidang ni dan asasi sains atau kejuruteraan yang perlu Beeha ambil. :)



11 comments:

  1. Beeha, boleh try apply asasi UM atau mana2 uitm ke... tak silap biomedical engineering punye degree ada kat UPM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi yang Beeha check kat UPM biomedical science.. Biomedical engineering yang Beeha nak ni lain .. Sis, boleh ke kalau asasi di UIA tapi degree nak sambung Unimap or UM. ?

      Delete
  2. Kak beeeha ambil SAT kah last year? Adui. takut pula Idiey ni tau. Idiey pun takut pula sambung belajar ni. banyak risiko :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idiey umur brapa? Sambung mana sekarang? Don't worry laaa, SAT senang je nak dapat markah, even you salah jwpan.. Dia akan tolak satu markah untuk 4 soalan.. Senang jugak dapat markah, asalkan rajin latih vocab.. minimum 1400/2400 dah boleh dapat.. Toefl yg masalah dr segi listening or writing macam tu sbb more kpd skill. Tapi, jgn risau sis yakin you boleh ! Jgn sbb sis punya entry you down okay. ;)

      Delete
  3. all the best beeha.. don't ever giveup.. keep fighting.. beeha boleh!

    ReplyDelete
  4. aja aja fighting~ beeha boleh! rezeki tu ada mana2.. in syaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih awak ;) in shaa allah i can do it. Aja aja fighting too !

      Delete
  5. All the best Beeha! Jangan down. Jangan dengar apa org cakap. Jadikan kata-kata org tu pembakar semngat untuk nak lebih berjaya! Hehe goodluck in what ever you do! You can do it! <3

    ReplyDelete
  6. Its okay kat beeha.teruskan berusaha,banyakkan berdoa n don't give up=)

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)