Anda mempunyai masalah kulit berminyak? MAJORITI wanita di luar sana mempunyai masalah sebegini tambah2 jika melakukan aktiviti luar dan lasak. Bagi yan mengalami masalah ini semestinya mempunyai pelbagai tips kecantikan bagi menghilangkan kadar minyak berlebihan pada kulit wajah. Namun, kita juga harus tahu beberapa perkara yang berpotensi membuatkan kulit wajah bertambah berminyak. Jom kita lihat apakah rutin yang selalu kita lakukan tanpa disedari sebenarnya menambahkan lagi kulit kita berminyak.
1. Salah Menggunakan Pelembap
Sebahagian individu yang mempunyai kulit berminyak menggunakan produk seperti minyak kelapa, lemak koko ataupun minyak zaitun bagi melembapkan kulit dan menghilankan kotoran yang menyumbat pori-pori. Sepatutnya penggunaan jenis ini perlu dielakkan. Sebaliknya, gunalah pelembap yang tidak mengandungi minyak dan gliserin . Dan lebih elok lagi menggunakan pelembap berbentuk cecair, gel atau serum berbanding yang berbentuk krim.
Jika anda ingin tahu tips tips memilih pelembap boleh klik Pelembap Untuk Kulit Berminyak.
2. Mengenakan Solekan Tebal
Ini juga merupakan masalah terbesar bagi perempuan2 di luar sana yang mengenakan solekan tebal. Solekan yang nipis pun kadang kadang menyebabkan jerawat tumbuh apatah lagi dengan solekan yang tebal , betul? Oleh sebab itu, selepas saja mengenakan solekan anda perlu memastikan wajah dicuci dengan bersih. Jika tidak, ia akan menyebabkan pori-pori di wajah anda tersumbat.
Saya jujur tak suka sangat pakai make up ni. Pernah je beli macam bedak compact tu *nama pun perempuan mesti teringin nak pakai , dan cuba lah tempek sikit dekat muka. Lusa terus naik jerawat. Hahaaaha. Memang ada sesetengah kulit sangat sensitif. Jadi, saya guna bedak biasa je macam baby2 pakai tu.
3. Skrub/ Menggosok Kulit Wajah
Ramai orang menganggap bahawa menggosok atau rutin skrub wajah akan menghilangkan minyak. Namun, anggapan ini sebenarnya salah. Malah, menggosok kulit wajah dengan kasar juga akan menghasilkan minyak lebih banyak pada wajah.
Ini tips saya. Gunakan tiga jari (jari telunjuk, tengah dan sebelahnya) dan urut muka secara membulat dengan perlahan- lahan. Tak perlu gelojoh pun yea.
Pilihlah produk rawatan pembersiham kulit yang mengandungi asid salisilik dan lakukan sekali atau dua kali seminggu. Asid salisilik mampu membersihkan liang2 dan menghilangkan minyak serta kotoran yang berlebihan.
4. Tidak Membersihkan Wajah Selepas Bersenam
Mungkin terlalu letih selepas bersenam hingga tidak terdaya untuk membersihkan wajah. Ketika bersenam, peluh dan kotoran tersebut mampu menyumbat liang liang pada kulit wajah.
Saya pun pernah buat macam ni. Tambah2 waktu zaman di sekolah dulu, bila time hari sukan tu penat sangat... Balik rehat tengah hari , tak pegi makan pun tak kisah asalkan dapat tido. Hohoo. Jadi, lepas ni memang kena buang laa tabiat tu. Make sure muka and badan dah kering, terus pergi mandi dan cuci muka sebersihnya. Jangan pula tengah2 berpeluh terus cuci muka, nanti jadi panau pulak. Aaaa. nanti lagi tak elok mukanya.
5. Terlalu Sering Membersihkan Wajah
Terlalu bersihkan muka pun jadi masalah?? Memanglah pada pendapat kita dengan kerap mencuci muka dapat menyegarkan wajah dan terasa kulit semakin halus. Namun perkara ini, tidak boleh dijadikan kebiasaan kerana kulit juga memerlukan minyak. Apabila kita kerap mencuci muka, minyak semula jadi ini akan lebih banyak dihasilkan dan akan membuatkan liang2 pori semakin lebar.
Info :
Dermatologi menyarankan agar cukup mencuci muka dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.
Cuci wajah tiga kali sehari apabila kegiatan harian menyebabkan kamu berpeluh seharian.
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)