Assalamua'laikum, bloggers.
Dah lama yea saya tak update blog saya. Sibuk dengan belajar. *preparation nak sambung oversea. Dalam entry kali sebenarnya saya nak kongsi pengalaman yg sangat sedih saya penah alami seumur hidup saya. Semua ni berkait dengan pelajaran saya yang diikutkan saya akan sambung pelajaran saya di United States of America. Yeah, semua orang termasuklah kawan kawan, sanak saudara asyik tanye jea bila nak study sana? Sebenarnya bukan senang yea nak study sana. At least preparation ni kena lepas exam SAT and TOEFL. Alhamdulillah SAT saya dah berjaya melepasi target mark sebanyak 1000 itupun hasil usaha keras saya selama ni. Dan yang mengecewakan saya, TOEFL jea yg tak lepas lagi sekarang ni. Markah minima yg diperlukan adalah 90. Mungkin setengah orang cakap "ermm, sikit jea pun. Budak MRSM tak kan tak pandai". Ada lagi yg cakap " Dah tak usaha macam mana nak lepas". Ya Allah , pedih sebenarnya hati ni. Sebab saya ni bukan orang yg minat English sebelum ni dan bila dapat peluang macam ni bukannya saya tak usaha tapi itulah rezeki tak berpihak kpd saya. Actually dah tiga kali saya amik exam TOEFL tu. Bila tak lpas first exam, saya try repeat, mana tahu my second chance might be mine. Tapi semua tu mimpi jugak. Kadang2 malu, serius tak tipu... Bayangkan dah berkali kali repeat exam tapi tak lepas. Dan saya pun tak penah mngalami mcm ni, rasa bnda yg kena kali ni mcm tak adil. Sbb saya dah usaha banyak tapi knapa jadi mcm ni? Satu jea bila fikir balik, ingat Dia lagi Mengetahui apa yg terjadi. Satu, mungkin Dia nak saya rasa mcm mna orang lain rasa bila study hard, work hard tapi result tak memberangsangkan. Second, maybe saya tak cukup kuat untuk study di tempat orang tambah tambah US bro! Malu tu sentiasa jea menguasai diri. Asyik pikir je, apelah nasib aku ni. some of my friends dah pun fly ke sana. Then, my friends yg study local pun semua berhempas pulas untuk final exam.. Aku terperap di rumah. Aku juga sedang belajar untuk terima kenyataan and siap sedia untuk apa pun yang berlaku. Kalau rezeki, mana laa nak tau tetiba dapat fly kan.. Aku mengharapkan doa kalian.. Moga moga pihak sana baik hati untuk memberi kelulusan aku belajar di sana.
Dah peluang depan mata dapat study abroad, just go on peeps. Study hard , work smart. :)
And at the same time, saya nasihat untuk diri sendiri and rakan rakan or adik -adik janganlah kecewa bila sesuatu yang kita mahu itu tak menjadi kenyataan. Tapi redhakanlah hati anda untuk menerimanya. Siapa kata study local tak bagus kan? Di mana pun kita berada , usaha yang menjadikan kita seoran yang berjaya dan restu kedua ibu bapa juga penting sangat.
Dear friends in USA, do pray for me and the others too. Kami harap sangat dapat ikut jejeak macam korang semua. :'(
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)