HAPPY 1 YEAR !

by - 4:45 AM






Hello bloggers! Happy One Year to myself. 💖 Ya Allah, pejam celik pejam celik, 18 March 2017 genaplah setahun aku di tanah USA. Bila teringat setahun yang lepas, rasa sedih gembira semua ada. Baru tadi aku facetime dengan Fatin Nurain (one of my bestfriends). "Beeha tak rindu Malaysia ke, tak nak balik sini ke raya tahun ni?" Aku cakap,"Sapa yang tak nak balik Ain, rindu nak balik tapi tiket mahal sangat.😓

Dah lama aku tak jumpa Ain. Waktu ambil result SPM tiga tahun lepas pun aku tak sempat nak jumpa Ain. *Chopp! Dah tiga tahun? Lagi sekali aku terkejut. Cepatnya masa berlalu* Ain ni lah tempat aku selalu luahkan perasaan selain Ainaa. Ada je masalah cinta monyet waktu zaman sekolah dulu, Ain ni laa aku cari untuk mengadu. 




Tiba-tiba Ain tadi nak minta tolong nak buatkan blog untuk dia. I'm so excited, bila dia pun nak berblogging juga macam aku. Yelah, mana taknya.. Sekarang kalau nak harapkan kawan untuk cerita masalah, sangatlah susah. Masing-masing ada kerja yang perlu disiapkan. Friends and bestfriend are totally different for me. Friends, kau boleh buat kawan, kawan untuk makan, borak-borak kosong. But, bestfriends selalunya lebih dari kawan. Kau mungkin dah kenal dia lebih dari lima tahun. Mimik muka kau pun dia boleh baca, tambah2 kalau kau tengah bersedih. Jadi, bagi aku blog adalah tempat yang sesuai untuk aku cerita experience aku atau kisah sedih aku. Public kan aje account blog kau, ada yang nak baca or komen, anggaplah diaorang yang pendengar setia kau every post kau.

Jadi Ain or Ainaa, kalau Beeha tak sempat nak dengar luahan korang, ada masa korang tulis blog.. Then, I will read it (walaupun lambat).




Back to my story, I missing my family right now. 😭 Seriously, aku dulu seorang yang homesick bila kena balik asrama. Padahal rumah dengan MRSM lima minit je naik kereta. Sewaktu preparation sebelum fly, aku dapat dekat Johor. Abah rajin datang Penang-Johor ulang alik. Sebulan sekali mesti akan datang. *Bila call, aku asyik nangis. Mananya diaorang tak risau.* Sorrylah, kalau ada yang rasa aku ni manja terlebih or tak sekental korang. Yes, memang aku tak pandai nak berjauhan dengan keluarga.

Sekarang, aku dah buktikan pun! Dah setahun jauh dari Malaysia, tapi aku tak menangis macam dulu-dulu. Telefon family pun, even aku tahu aku rasa nak balik, air mata tak pernah menitis lagi.
GOOD JOB Beeha. *macam budak-budak la kau ni*



Sekarang tengah musim bunga! Gambar photoshoot kelmarin kononnya. *Photoshoot laa sangat eh, jangan bajet retis laa sangat Beeha oi 😅*



EEEEEEE, hahaha. Gambar candid yang buruk. Teruskan menatap mukaku. 😂



You May Also Like

18 Comment(s)

  1. Wah da setahun heheh tak homesick mcm dulu tu tandanya dah matang hihihi take care !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heehee, thank you fhati. Doakan beeha dkt sini dipermudahkan utk bljr. :)

      Delete
  2. Wah da setahun heheh tak homesick mcm dulu tu tandanya dah matang hihihi take care !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fhatin. Matang laa juga tapi sikit je. Hihi

      Delete
  3. wah..kipidap lah sis dah setahun tak homesick..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Anum. Happy blogwalking :)

      Delete
  4. Cantiknya beg, tudung dan of course tuan badan sekali xD

    ReplyDelete
  5. Hihik. Macam sama pulak kisahnya. Cuma, kite masih tak merasa duduk berjauhan dengan family sampai sekarang. Mungkin hikmahnya sebab anak tunggal, Allah bagi peluang berbakti lagi lama untuk family sebelum nanti berpisah kerana kerjaya atau ikut suami bila dah kahwin. Husnudzon je lah! 😄🙆💕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe fairuz, berbakti dekat mak ayah dulu.. Nanti dah kawin kena ikut suami plk, itulah seoarang isteri kena taat dn suami plk nnti.

      Delete
  6. bestnya dapat rasa stay dekat negara lain! kalau sy pun awal2 mmg homesick jugak. but it will slowly get better. seee dah tak nangis lagi kannnn hihihih!

    ReplyDelete
  7. Beautiful beeha. <3 may Allah ease your path dear ^^

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)