Powered by Blogger.

Holiday To South Korea With Traveloka

by - 1:10 AM



Image result for time for holiday
Who wants a holiday, please put your hands up!🙋


Jum bercuti bersama #MyTravelokaEscapade | Assalamua'laikum semua. Memang teruja sangatlah kalau saya dapat bercuti-cuti tempat idaman saya. Tambahan pula, sekarang adalah musim cuti sekolah. Semestinya, ibu bapa mengam bil kesempatan ini untuk mambawa anak-anak mereka pergi bercuti kerana inilah masa yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga. Bagaimanapula anda? Di manakah tempat destinasi percutian anda? Di dalam negara atau luar negara? Tidak kisahlah luar atau dalam, yang penting anda luangkan masa yang ada ini hilangkan stres dan untuk berseronok bersama keluarga. 👪





Di antara sepuluh destinasi di atas, yang manakah pilihan anda? Yang manakah pilihan anda semua? Nak pergi London? Awak nak pergi Melbourne? Wow wow! Andai saya diberi pilihan untuk melancong bersama www.traveloka.com.my  , saya akan memilih untuk bercuti ke South Korea. Saya rasa bagi gadis-gadis 90'an semestinya terlalu seronok kalau dapat bercuti ke Korea. Ini dek kerana penangan drama-drama Korea lah ni. Terlalu teruja untuk melihat hero-hero pelakon drama tersebut hingga termimpi-mimpi untuk pergi bercuti ke Korea.

Tetapi, bukan itu sebab utama untuk saya memilih bercuti ke Korea. Sejak menonton drama Korea, tengok suasana dan kawasan Korea membuatkan saya teringin sangat untuk ke sana. 


Image result for korea negara 4 musim

4 Musim

Siapa yang tidak suka negara bermusim empat ini? Betul atau tidak? Yang paling teruja sekali apabila musim sejuk (Winter) sebab teringin sangat nak main salji. Tengok cerita kartun dalam televisyen, budak-budak main snow dan bila teringat pula cerita Frozen si Elsa nyanyi lagu 'You wanna build a snow man?..' Lagilah membuak-buak hati nak merasa macam mana salji ni, sejuk sangat ke? Macam mana boleh buat bulat bulat macam kuih melaka dan boleh main baling-baling pulak ni.😂 Almaklumlah, tak pernah merasa main salji lagi.


Image result for nami island winter sonata

Nami Island

Ini adalah tempat pertama dalam senarai Beeha akan melawat jika pergi Korea. Siapa tengok cerita Winter Sonata. Ini adalah satu tempat yang ada dalam cerita tu. Dari cerita itulah, ramai sangat penonton yang datang ke Korea akan melawat Nami Island ini. Gambar yang Beeha letak di atas itu adalah gambar sewaktu musim bunga (Autumn). Kalau dapat peluang pergi ke sana waktu Autumn ni memang sangat BEST! Boleh kayuh-kayuh basikal sambil menikmati angin bayu dengan pemandangan pokok yang sangat indah. Ada yang cakap dekat sini ada alunan muzik yang mendayu, ramailah pengunjung akan menikmati suasanan dekat sini. Jadi, Beeha nak sangat rasa macam mana syoknya. Kalau dengar dari mulut orang ni tak sama macam mana kita merasai benda itu sendiri.



Image result for seoul namsan tower

Seoul Namsan Tower

Siapa saja yang pergi Korea tapi tidak melawat Namsan Tower ni? Namsan Tower ini juga merupakan salah satu daya tarikan untuk pelancong yang datang. 

Image result for seoul namsan tower

dan yang paling popular sekali, ramai yang datang ke tower ini pastinya akan buat kunci padlock macam gambar di atas ini. 




Image result for everland theme park korea

Everland Theme Park

Ini adalah tempat yang paling cantik sekali dan sangatlah seronok. Beeha pula sangat suka ambil gambar gambar pemandangan, tambahan dengan pelbagai warna bunga ni membuat Beeha lagi seronok nak pergi ke Korea! 😉



Image result for myeongdong

Myeongdong Shopping Street

Satu lagi tempat yang Beeha ternanti-nanti sangat untuk membeli-belah adalah di Myeongdong Street. Tahukah anda mengapa? Myeongdong Street sedikit berbeza dengan tempat beli-belah di Namdaemun kerana di sini lebih kepada membeli produk produk kecantikan Korea. Beeha boleh bagi lima bintang untuk produk Korea. Almaklumlah, negara Asian dan formula setiap produk mereka sangat sesuai juga untuk kulit orang Malaysia macam kita ni. Ada yang nak kulit putih la, ada yang nak kulit halus mulus macam bayi la. Kalau Namdaemun lebih kepada pakaian-pakaian yang boleh kita tawar menawar.


#TakSabarNakBercutiBersamaTraveloka. Amboi, bukan main lagi hashtag Beeha tu. Saya sangat seronok dapat join contest ini. In shaa Allah, kalau ada rezeki bolehlah saya travel bersama Traveloka! 😊

About Grand Price

Bagi sesiapa yang ingin bercuti sama ada ke luar negara mahupun dalam negara, bolehlah menggunakan bantuan Traveloka. Mereka juga ada menawarkan diskaun untuk tempat penginapan dan tiket penerbangan. Bagi yang ingin menyertai contest ini juga sangat dialu-alukan, mana tahu anda juga di antara peserta yang bertuah untuk memenangi hadiah yang dianjurkan oleh Traveloka. #MyTravelokaEscapade.



You May Also Like

2 Comment(s)

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)