Fragrance Mist by Bath&Body Works

by - 2:46 PM






ASSALAMUA'LAIKUM | Hai uolls.! Harini I nak share tentang perfume dari Bath & Body Works. Beeha baru je beli dua hari lepas. Padahal sebelum ni Beeha tak suka pun perfume sebab bau bau yang kuat tu buat sakit hidung. Beeha lebih suka pakai deodarant. Bau dia takde laa ganggu hidung.

Tapi macam mana Beeha boleh TERbeli fragrance mist dari Bath & Body Works ni?? Haaa.. Kawan Beeha pujuk Beeha beli. *Hehehee* Mula mula memang tak nak, tapi sebab sekarang ada promosi.. Beeha pun TERbeli. Tapi bauan yang Beeha beli takde laa kuat sangat. Bau dia tak manis sangat, tak tengit sangat. Biasa biasa je.









Jenis : French Lavender & Honey
Ciri : Bauan ni tak manis seperti buah-buahan sangat dan tak terlalu bau bunga sangat. Medium. Sangat sesuai orang yang macam Beeha yang tak suka bau terlalu kuat atau yang menusuk hidung.
Harga : 14 USD



Jenis : Pretty As A Peach
Ciri : Ini memang bau buah, tapi buah peach. Bauan ni sangat fresh dan tidak terlalu kuat. Memang bau fresh macam baru lepas mandi.
Harga :14 USD



Harga memang lah sangat berbaloi. *kalau I tak convert ke RM lah* 14 USD tu rasa macam 14 ringgit je. Kalau convert, 50 ringgit jugak lah. Nasib baik sekarang ada promosi, beli 3 dapat 3. Jadi Beeha dan dua orang kawan beli sekali, dan dapat laa sorang satu FREE ! Itu lah seronoknya beli borong ni, dapat murah. :D Dekat Malaysia paling famous Bath & Body Works (BBW) ni kalau tak silap area NU Sentral. Tiga tempat lain yang ada kedai BBW ni di The Curve, Komtar Johor Bahru, dan Gurney Paragon Mall.

Percayalah harganya sangat berbaloi, bauan dia pun sedap sedap. Lain orang lain kesukaan bauan yang korang nak. Di BBW ni menyediakan pelbagai jenis bauan, korang hanya perlu pilih sahaja.

Di Malaysia, harga fragrance mist ini adalah RM55. Sangat berbaloi! Bauan ni tahan lama. Pakai waktu pagi, sampai ke petang still bau lagi. So, takde la rasa kekok takut badan berbau busuk ke apa.

Ini adalah link senarai barang barang dan pelbagai jenis bauan dari BBW. Klik SINI. (link ini ikut harga USD).












You May Also Like

2 Comment(s)

  1. ooo.. dkt klcc bkn ada ke satu? ke salah tmpt eh tgk.. :D :D
    14usd murah la sbb produk keluaran dorg so dinegara dorg mcm 14 ringgit la...

    ReplyDelete
  2. I have some bbw's fragrance mist too... and its scents are great! Lovin it so much tho. Btw, my fav scent is japanese cherry blossom :)

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)