Awak Raya Di Mana?

by - 9:17 AM





ASSALAMUA'LAIKUM | Hai bloggers. Semua raya kat mana ni? Share lah di ruangan komen.. Pasti semua tengah sedang seronok-seronok nak beraya. Mandi sunat, solat sunat hari raya. Beeha dapat imagine kalau Beeha dekat Malaysia sekarang ni. Balik je dari masjid, ayah akan cakap, "cepat-cepat sapa nak beraya dengan abah, abah bagi duit raya." Sampai dah besar sekarang pun, abah still cakap benda yang sama. Seronoknya dapat duit raya. Kalau dul time budak-budak, mak akan kira sapa yang tinggal puasa. Then abah akan bagi duit ikut siapa puasa paling banyak. Penuh puasa, lagi banyak laa dapat duit.

Bila dah besar, duit raya semua sama rata. * Ehh tak tak. Beeha dengan Anis je yang sama banyak selalunya. Adik laki tu kurang dari kami berdua. Hahhhhaha. Seronok gila waktu ni ketawakan dia. Tapi alasan yang selalu kami bagi, dia tak puasa penuh.*

Sekarang pertama kali Beeha raya di perantauan. Tak penahnya berjauh denan family macam ni. Tapi Beeha tak tipu, sepanjang duduk jauh di US ni, tak penah lagi Beeha nangis. Beeha pun tak faham dengan diri sendiri. Sebabnya, waktu di Johor (preparation before fly) Beeha tiap hari akan keluar je air mata. Rasa nak balik waktu tu, rasa macam tak dapat fly sebab saya tak pandai English. Tambahan abah pulak jenis yang bila nangis je, " Okay, minggu ni abah datang." "Okay, minggu ni ayah oustation kat KL, nanti abah singgah johor." Singggah johor? KL ke Johor tu singgah ke namanya..? Bila ayah datang tu, happy kejap. Bila ayah dah masuk dalam kereta, hilang kereta dari pandangan.. Lari masuk bilik nangis. Roomate pun dah faham. Beeha rajin menangis.

So, sekarang. Baru petang ni *dekat Malaysia pagi raya* Beeha rasa sebak and nak nangis. Rasa malas sangat nak keluar bilik. Terkenang family semua berseronok raya, Beeha kat sini sorang-sorang. Ada kawan je. Tapi aku rindu kawan-kawan kat Malaysia. Hmmm. Bersabar dan bertabahlah wahai hati. Jap.. tahan tahan air mata, jangan mengalir. Yang paling aku seih, sebab lama tak jumpa maktok(nenek). Orang yang paling aku rapat, selalu bagi duit raya lebih dekat Beeha and Anis berbanding cucu-cucu lain. *Ni nak gelak jahat nih*

Tapi apakan daya, US dengan Malaysia tu bukan ibarat sekangkang kera. Kalau tak, dah lari pecut Beeha ni. *Amboi.. berangan pulak jadi atlet*

Apa-apa pun Beeha nak ucapkan Salam Aidilfitri buat warga Islam yang telah berpuasa selama sebulan. Maka harini adalah hari untuk meraikan kemenangan kita yang mengawal nafsu dari makan dan melakukan benda yang membatalkan puasa. *Masya Allah rasa pelik pulak ayat Beeha ni* Buat yang mengenali Beeha, Beeha nak minta maaf jika Beeha terkasar bahasa, terbuat muka *memang suka buat muka kalau Beeha terasa dengan orang tu. Ini Beeha*, terguris hati dan seangkatan dengannya. Mohon sangat, ampunilah kesalahanku ini.



SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN.





P/S: Adik dah habis solat raya , please angkat call kakngah. Hehehe





You May Also Like

4 Comment(s)

  1. selamat hari rayaaaaaaaaaaaaaa <3

    impianacikyaanie.blogspot.com


    jgn sebak2, jgn sedih2, muah ciked. Bkn rezeki tahun ni balik raya kan. Yanie kirim kan salam dri Malaysia hehe

    ReplyDelete
  2. selamat beraya di perantauan beeha hehe.Maaf zahir batin

    ReplyDelete
  3. sabar lah awak jangan sedih sedih ye kuatkan semangat :)

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya
    ermmm Abe Nik Raya kat Kelate hu3

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)