Powered by Blogger.

Puasa di Perantauan

by - 7:29 PM



بسم الله الرحمن الرحيم





ASSALAMUA'LAIKUM | Salam Ramadhan kepada semua umat Islam. Untuk tahun ni, kali pertama Beeha berpuasa di perantauan tanpa keluarga. Sedih, sebak sangat sebab tak dapat nak kumpul ramai-ramai berbuka puasa sekali. Tak dapat juga nak pergi surau solat terawih dengan nenek dan sepupu-sepupu. Harini dah hari ketiga berpuasa (lambat sehari dari Malaysia), rasa macam tak suasana bulan Ramadhan. Mungkin sebab tak ada bazar Ramadhan. Yang penting, puasa tu difikir dahulu kerana ia ibadah wajib. Fasal makanan, itu lain cerita. Sebelum ni, kalau dekat rumah tiap2 petang nak pergi beli makanan. Tamak je selalu sebab ikut hawa nafsu, makan tak banyak mana pun bila dah berbuka. Tapi bila tinggal di negera lain ni, perlukan berdikari. Nak berbuka puasa kenalah masak, jadi masak pun ala kadar sahaja. Kalau masak banyak, tak habis rugi jer.


Korang nak tahu Beeha puasa dekat sini berapa jam? Cuba teka. Apa? 16 jam? Tettt *salah* Untuk kawasan Beeha, kami perlu berpuasa lebih kurang 18 jam. Dari 3.30 pagi hingga 9 malam. Ikut negeri dalam USA jugak lah. Untuk negeri yang atas sikit dari Beeha, kena puasa lama sikit contohnya 19 jam.

Tambahan pula, sekarang ni Summer. Panas sini tak sama mcam panas Malaysia. Panas di Malaysia best, sebab kelembapan tinggi. Sini kering, ada satu haritu suhu 33 darjah tapi panas dia macam matahari duduk atas kepala. Angin yang datang pun macam haba. Tak rasa dingin pun. Alhamdulillah, harini cuaca mendung. Sejuk sikit harini. Tak la terasa penat.

Beeha stop dulu. Sekarang dah pukul 4.30 pagi. Beeha nak sambung tidur balik setelah sahur dan solat subuh. Selamat berpuasa.

P/S: Beeha teringin sangat nak makan Tau Fu Fa. *Gulp*






You May Also Like

5 Comment(s)

  1. Merasa beeha puasa di perantauan. 18 jam ? *gulp balik. Beeha mention taufu fa tetiba teringin jugak hehe. Selamat berpuasa Beeha !

    ReplyDelete
  2. Salam ramadhan beeha...
    Take care always .... :-)

    ReplyDelete
  3. salam beeha, semoag Allah permudahkan ... hati kena kental :)

    ReplyDelete
  4. wahhh...untungnya beeha dapat merasa pengalaman berpuasa di perantauan...lagi-lagi di luar negara..mesti mencabar sikit kan..

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan beeha syg <3 lamaa x jenguk blog sygku ni,.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)