Terkilan Tengok Hafidz Roshdi






Siapa sangka senyap-senyap ubi berisi. Baru je tengok timeline facebook dua hari lepas, terkejut bila tengok Hafidz Roshdi kahwin.. Huhuuuhuu. T.T. Beeha minat sangat dengan lakonan dia yang tak kekok. Awal awal lagi dah famous.




Credit : Instagram Hafidz Roshdi



       “Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera Tuan-Tuan / Puan-Puan, pihak Media dan semua peminat yang dihormati, "Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya Majlis Pernikahan saya dengan Nurul Shuhada Binti Mat Shukri telah selamat dilangsungkan. Majlis yang diraikan secara sederhana ini berjalan dengan lancar dan sempurna pada jam 11.00 pagi, 30 April 2016 di Perlis dan telah dihadiri oleh keluarga dari kedua-dua belah pihak. 
Untuk makluman, saya dan Shu telah berkawan lebih dari 3 tahun iaitu sebelum saya menceburi bidang lakonan lagi. Kami berkenalan semasa sama-sama menuntut di Management Science University di Shah Alam. Pada 30 November tahun lepas, kami telah bertunang dan merancang untuk berkahwin pada tahun ini. Mungkin pengumuman ini sedikit sebanyak memberikan kejutan kepada semua tetapi jodoh kami telah tiba. Maka saya mohon kepada semua agar mendoakan perkahwinan kami bahagia sehingga ke akhirnya. Keputusan ini dibuat setelah kedua-dua belah keluarga berbincang dan bersetuju untuk melangsungkan majlis ini. Majlis pada 30 April ini adalah majlis di pihak keluarga pengantin perempuan dan majlis di pihak keluarga saya pula akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua di atas sokongan. 
Wassalaam".  - katanya di laman instagram.





Muda muda dah kahwin, alahai.. Simple je perkahwinan mereka. Bagus bagus. Doakan semoga Hafidz Roshdi dan isteri bahagia hingga ke jannah dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah.



P/S : "Aku pula sedang menunggu Encik Perfect 10 yang tersesat entah di mana. Semoga kita bertemu suatu hari nanti". Hahhhaa.







You Might Also Like

4 Comments

  1. auchhh....i pun minta jugak dekat dia ni..erhm...tahniah lah hafiz..

    ReplyDelete
  2. amboi tajuk entri.. terkilan..
    ngeh ngeh ngeh..



    ReplyDelete
  3. Laa.. dah kahwin?? cepatnya.. sama lah kita beeha, tunggu dia yang tengah sesat kat hutan mana entah..haha

    ReplyDelete
  4. hahahahhaa...takpaa....kahwin muda tu yang bagus...hihii...btw tahniah hafidzzzz

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)