10 Tips Make Up



Tips Penting untuk Make up




Hampir semua wanita put on makeup terutama sekali apabila pergi ke pejabat atau ke majlis-majlis istimewa. Namun, adakah anda menggunakan teknik yang betul dan adakah solekan yang terhasil menepati jangkaan anda? Well, berikut merupakan beberapa tips make up mudah yang boleh anda praktikan sendiri di rumah; 

  • Jangan sesekali menggunakan tangan anda untuk menyapu blusher pada bahagian pipi. Ia menjadikan sapuan blusher yang tidak rata, sebaliknya gunakanlah berus yang bersesuaian. 
  • Begitu juga apabila anda ingin menyapu foundation atau bedak asas pada muka. Jangan sesekali menggunakan tangan anda!



  • Jangan menggunakan concealer sebagai base kelopak mata anda kerana ia akan menyebabkan solekan anda menjadi merekah. 
  • Fokuskan kepada bahagian T atau T zone pada muka anda. Bahagian ini merupakan bahagian muka yang paling kuat berpeluh.
  • Pemilihan tona foundation dan bedak asas pula haruslah seakan-akan warna kulit anda dan jangan pilih tona yang terlalu berbeza. 
  • Jika anda mempunyai masalah kulit berminyak, pastikan anda menggunakan water based make up products. 
  • Untuk hasil solekan yang lebih tahan lama, pastikan anda memakai water proof make up products seperti water proof eyeliners dan water proof mascara.


  • Pemakaian lipstick yang lebih tahan lama pula haruslah dimulakan dengan penggunaan skrub pada permukaan bibir untuk membuang sel-sel kulit mati dan keadaan bibir yang lebih licin. 
  • Sentiasa pilih eye shadow tanpa shimmer sebagai base dan sapu pada keseluruhan kelopak mata anda sehingga pada bahagian bawah kening sebelum anda menyapu eye shadow yang berwarna lebih gelap.
  • Terakhir sekali, pakai mascara dengan cara pergerakkan zig zag untuk sapuan yang lebih lancar. 





You Might Also Like

2 Comments

  1. Wah.. tips make up.. lama dah akak x main make up make up nie..

    ReplyDelete
  2. xpandai nk buat zig zag pakai mscara..hhahahaha

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)