Powered by Blogger.

GOODLUCK ! 98 liners for SPM Result

by - 9:55 AM







All the best untuk pelajar-pelajar yang telahpun mengambil SPM pada tahun 2015. Setelah bertungkus lumus belajar kurang dari dua tahun, dan tinggal beberapa jam je lagi dari sekarang (12.27 A.M) untuk korang semua tahu pencapaian SPM. Beeha doakan untuk bloggers '98 dan juga adik-adik yang lain semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Memanglah, ada yang cakap result SPM dah tak de apa apa nanti time kau dah kerja. Tak dapat elok pun takpa, kau still boleh hidup. But jangan fikir macam tu pula, kalau boleh doakan dapat result yang paling best, supaya nanti senang nak masuk universiti dalam bidang yang anda mahukan. Kalau result tak berapa okay, kadang-kadang susah la kalau nak dapat tempat belajar yang top-top. Sebab kita semua nak yang terbaik. 

Bagi yang dapat result agak mengecewakan ataupun terkurang dua tiga A tu , jangan risau jugak. Pada mulanya memang Beeha cakap kita kena dapat result yang gempak, tapi kita dah usaha sebelum ni. Dan result yang kita akan dapat, kita harus terima seadanya. Itulah yang kita usaha, itulah yang kita dapat. Kadang2 itu juga ujian untuk kita supaya lebih kental.




Contohnya, Beeha pelajar SPM 2014. Telah ditakdirkan mendapat 9A1B. Actually, Beeha frust jugak and MALU sangat. Sebabnya Beeha ni one of target cikgu akan dapat straight A's. Dan B tu pula English mak oiii.. Haahhaa. Kawan-kawan sekelas , ramai jugak dapat straight A's. Tanya sini, " Alhamdulillah , aku 9A (5A+, 4A) " , Tanya sana " Aku.. dapat 9A Beeha !! Seronoknya, Alhamdulillah". Bila ditanya balik aku, aku macam malu malu nak cakap ada 1B tu, sebab yang tu subjek wajib pula yang dapat B.

Balik rumah dan sampai sekarang Beeha still muhasabah diri kenapa Allah tak takdirkan aku dapat straight A's iaitu 10A sebabnya Beeha tambah subjek akaun dan kami wajib amik Biologi, Kimia dan Fizik. Bila difikir-fikir, yaa aku tahu.. Mungkin Allah tak nak aku riak. Kalau Beeha dapat straight A's bermakna Beeha akan dapat 10A, dan orang lain yang memang straight A's adalah 9A. Beeha akan lebih satu A daripada diaorang sebab Beeha antara FIVE students yang ambil akaun untuk batch kami (sayu je belajar dalam kelas akaun).. Kalau betul perkara ni terjadi mesti Beeha lagi riak dan sombong kan?? Dan Beeha sedar Beeha perlu improve English walaupun Beeha tanam dalam hati Beeha tak suka subjek tu atas satu peristiwa ni.

Bagi students yang dapat result esok, cemerlang atau tidak, muhasabah semula diri anda . Okay? Walaupun banyak A yang korang dapat , tapi kalau di alam universiti tak work hard, susah juga adik-adik. Seriously, rasa susah gila nak dapat A.. Tungging terbalik nangis sebab rasa macam susah sangat. Apa-apa pun berbalik kepada Dia, minta doa dari Dia, In shaa Allah semuanya okay. 

Nanti share-share la apa perasaan korang sebelum dan selepas ambil result. Kalau nak share berapa result korang dapat pun boleh. Mungkin nak tanya tentang UPU ke atau anda masih keliru tentang cita-cita anda, silakan komen di bawah. Mungkin yang nak personal sikit, boleh direct message Beeha di instagram ataupun facebook.














You May Also Like

2 Comment(s)

  1. Hehe thank you akak <3 Pagi2 buka blog sekejap tengok entri ni terus baca huhu. Terlepas sikit perasaan resah gelisah ni >.< Kan ? Allah dah tetapkan rezeki masing2. Mungkin kalau tak boleh skrg Allah nk suruh kita berusaha lebih lagi <3

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak beeha dapat 9A ! Pandai nye akak... hmmm

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)