[MOVIE] MAT MOTO


Aku Mat Moto, Bukanlah Mat Rempit 



*abaikan gambar tak clear nihh*


Petang tadi , kalut kalut jugak aku bersiap pastu keluar nak tengok wayang ngan kawan aku. Dah laa mandi dekat pukul 2 jugak lah baru nak mandi. Paip kat rumah duk bocor pulak, ayah aku perbaiki kejap. Take time jugak laaa... Dengan selamat aku drive ke Sunshine Bertam tengok wayang cerita Mat Moto.



Filem ini adalah filem pertama arahan daripada pelakon  terkenal iaitu Pekin Ibrahim dan cerita ini kisah benar yang terjadi . Idea asal cerita ini adalah dari sahabat karibnya, arwah Azwan Annuar.

Filem ini dibintangi oleh Pekin Ibrahim sendiri, Falisha Crossley dan majoriti cerita ini dibintangi oleh pelakon lelaki yang terkenal di tanah air ini. Beeha cerita sikit sinopsis cerita ni. Jalil atau nama panggilannya ialah Al (Pekin Ibrahim) seorang pemilik sebuah syarikat suntingan filem yang mengembara ke empat buah negeri iaitu Kelantan , Terengganu, Pulau Pinang dan Melaka untuk menunaikan hajat arwah rakannya  memiliki empat jenis helmet istimewa yang amat berharga dan digilai oleh penggemar motosikal di tanah air.Pada masa sama Sikha (Falisha Crossley), seorang pelajar praktikal di pejabat AL turut mengikuti lelaki itu dalam pengembaraan untuk mencari keempat-empat helmet tersebut. Al ni telah membeli helmet daripada Pit, Mus , Acai, Farouk.

Bagi Beeha dalam filem ni ada jugak teladan baik yang boleh kita ambil. Sometimes, kita tengok jea orang laki yang naik moto geng2 tu kita fikir mereka mat rempit. Tapi sebenarnya ada jugak yang segelintir daripada mereka adalah Mat Moto yang suka dan menjadikan ini sebagai hobi. Berlumba dengan selamat di litar-litar tertentu tanpa menimbulkan masalah kepada orang ramai. Tapi sekarang ni, yang kita tengok ramai pulak yang jadi Mat Rempit. Dua tiga pagi merempit di jalan raya maklumlah time tu kan sunyi tak banyak sangat kereta lalu lalang. Tapi kepada Mat Moto , I salute lahh korang semua. Sebab patuh pada undang2 tak merempit sana sini. And yang paling teruja sekali ada jugak yan jenis gila-gilakan helmet ataupun suka kumpulkan helmet klasik ni. Beeha nak cerita pun tak tahu laa pulak jenama helmet yang digila-gilai oleh Mat2 Moto ni. Sampaikan ada yang sanggup beli sebiji helmet sebanyak 20 ribu.

Part part yang lawak tu bila ada pelakon seperti Shaheizy Sam, Shamsul Yusuf and Rosyam Nor.



*ni trailer Mat Moto*









You Might Also Like

5 Comments

  1. Replies
    1. minat pekin ehh qila?
      Shaheizy I encem lagi. hekhekk. Tapi nak kawin dah... TT

      Delete
  2. setuju juga ngan Beeha, dulu selalu fikir kalau geng motor mesti geng rempit tapi bila dah masuk uni n jumpa ramai kawan lain, barulah tau ramai je geng motor yang suka konvo pergi bercuti atau berlumba kat litar yg selamat :)

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)