Powered by Blogger.

Fuhh, Nasib Baik !

by - 6:31 AM





Serius nasib baik !. Petang tadi Beeha dengan adik and nenek pergi bank. Dekat area2 tu tak de parking, the kita orang drop nenek pergi bank and cari parking.. Nak dijadikan cerita kitaorang pun parking di kawasan supermarkat Billion ,lagi pun dekat. Cross jalan, sampai laa depan bank. Dah tu, tempat parking dia macam yang atas ni, kotak tepat macam tu. Serius bagi Beeha jadi masalah, dah laa baru pemandu berlesen P. 

Bila dapat parking macam ni, dah tak pandai nak agak. Kalau kereta tak banyak, lega laa sikit... Tak laa kalut risau kereta kiri kanan. Bilaa dapat parking macam ni, and dah nama pun supermarket, memang full laa tempat. Then, Beeha masuk je ke lot parking tu, rupa-rupanya bila kluar, ALAMAK ! Dekat gila kereta Beeha dengan kereta sebelah kanan. And kereta sebelah kanan pulak memang dah parking senget, betul betul garisan putih pulak. Beeha dah takut dah waktu tu, nak ubah kereta nak reverse risau pulak, kang tertekan minyak, side mirror aku langgar pintu kereta sebelah macam mana?



Kalau parking lot dia menyerong macam ni, okay lagi boleh laa agak.. 

Lepastu, Beeha memang tak reverse kereta pun. Biar je, pergi teman nenek siap semua, kita orang jalan dalam Billion pulak. Dalam hati , punya tak sedap hati.. Dan berharap kereta sebelah tu cepat-cepat laa keluar. Lepas dah beli barang, Aishhh.. Kereta tu ada lagi. Beeha memang nak nangis dah rasa. Beeha tanya nenek, "Nak buat macam mana ni.?? Orang tak pandai aaa nak reverse kalau macam nii, dekat sangat." Then, tambahan pulak, kereta yang baru parking sebelah kiri pun dekat pulak, dengan senget jugak dia parking. Takut Beeha nak amik risiko, bercalar kereta ayah tak pe lagi, bercalar kereta orang lain, dah jadi cerita lain pulak tu.

Dan nasib baik lah, ada sepasang suami isteri ni lalu. Kononnya nak mintak tolong lah. Beeha pun bersuara, "Sir, nak mintak tolong boleh?". Alahai, Beeha ingatkan dia Cina sini, rupanya foreigner.. So he just can speak Chinese and a little bit English. Alhamdulillah, dia faham jugak aku speaking. Kehhkehkeh.

Alhamdulillah again, nasib baik dia terer ubah. And I said " Thanks a lot , sir. Thank you very much". 




Hasil dari aku google, ini dia panduan bila nak masuk parking macam ni. harap harap lepas ni tak jadi lah kejadian macam petang tadi. Nasib berteman, boleh jugak minta tolong someone. Kalaulah sorang waktu tu, memang tak berani lah kan..






You May Also Like

2 Comment(s)

  1. waaa. nasib baik tak malu2 nak minta tolong . kalau kena kat saya tak tahu laa. hehe

    ReplyDelete
  2. masalah parking mmg akan jadi masalah pada yg berlesen P. hahaha. Aku pun sama kot. Kalau boleh nak keta gerak xmo behenti jew.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)