Jumpa Pakar ENT ??

by - 2:35 AM





Ingat lagi tak entry Beeha baru-baru ni pasal kerongkong tersumbat tu? Then , harini Beeha decide laa pergi Klinik Kesihatan Kerajaan dulu. Mau tidaknya, tiap-tiap malam makin teruk tak selesanya. Siap suruh adik tampar belkang lagi kut kut laa benda yang terlekat kat tekak tu nak keluar. Hahaahaa. Tapi dia degil tanak keluar haaa.

So, awal pagi tadi pergi klinik , tunggu giliran and sampai turn aku.. Terus masuk laa and cakap laa apa benda laa masalah aku ni. Then doktor kata, " Tercekik tulang ikan ke? ". Aku jawab laa, "Erm aritu tercekik, tapi dah keluar dah... :'D Tapi tak okay-okay jugak". Pastu ade pulak doktor tu cakap ke mengandung , masalahnya Beeha ni tak kawin lagi naaa.. Muda lagi. Doktor tu tak percaya pulak, dia kata budak zaman sekarang... Then tak pe lahh, dia suruh pi X-ray. Then, dah pergi bilik X-ray, aku pi balik ke blik doktor tu.. Tapi dia tak dapat nak sure apa masalahnya, kalau tercekik tulang ikan mesti nampak ada ..

Jadi, dia suruh refer ke bahagian Pakar ENT di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang harini jugak. Nasiblaa datang dengan mak, senang laa terus pergi ke sana. So dah pergi sana, berapa ramai orang tu boleh tahan laa.. Nasib tak kena tunggu berjam-jam. Sampai turn, dia tanyaa macam-macam pasal hidung sekali pun tanya. Then, doktor tu minta nak buat endoscope.. Endoscope? Ape ke benda tu?




Lebih kurang macam ni lah alat dia, but yang hujung tu panjang and lurus lagi dari dalam gambar ni.

Kira ni first experience laa pergi jumpa doktor pakar ENT(ear, nose, throat). Lepas tu dia balut sikit lidah aku dengan kain and pegang lidah aku. Suruh aku nganga mulut dan jelir lidah. Dalam hati * Aaaa sudah... Doktor ni nak buat apa? Bukan main panjang lagi batang dia pegang tu, takut nyerrr. Pastu bila bawa masuk endoscope tu dia boleh nampak laa kerongkon aku ni macam ada biji-biji kecil macam tu.. Ni semua effect sebab resdung. Maklumlah, dah lama resdung ni dari darjah tiga.. *bayangkan sekarang 18. Dah 9 tahun kut. Mahu tak sekarang dah jadi teruk.

So, doktor tu bagi ubat sementara and akan follow up bulan satu next year. Nanti Beeha update lagi apa akan jadi. Just untuk sharing laa kepada sesiapa yang ada penyakit resdung ni jangan buat endah tak endah je. Sebab Beeha ada terbaca kes sorang ni.. Hidung dia semakin terhakis sebab ulat resdung makan and membiak lagi banyak. Baiklah kita mencegah dulu kan, daripada merawat... :)



You May Also Like

4 Comment(s)

  1. Assalamualaikum Beeha,

    Sakit tak buat procedure masa masukkan alat tu? Sis ada resdung tp tak sure how critical. Terasa nak buat tapi takut sakit.

    Tak sabar tggu result hasil pemeriksaan Beeha.. Thanks for sharing dear..

    ReplyDelete
  2. @LZ - The Blog Owner Waalaikumussalam.. Tak sakit pun... Alat tu function dia macam torchlight laa sebab nak suluh tgok bahagian tekak tu jadi macam mana. Jadi, resdung Beeha ni dh merebak kat kawasan keronkong, so doktor bagi ubat. In shaa allah, nanti Beeha update berkesan ke tidak ubat doktor bagi tu.. :)

    ReplyDelete
  3. Saya alami macam Sis jgk, tekak rasa macam sukar nk bernafas rasa macam bengkak Dlm leher.dan lelehan air liur atau kahak. Pastu rasa macam ad someone tercekik Mcm Tulang.. Pastu Skg Sis da sembuh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdilullah dah okay. biji biji putih tu pun dah tak ada dekat tekak.

      Delete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)