Graduate MRSM

by - 4:16 AM



Hey!! Heheee. *macam seronok terlebih jea ni. Petang ni nak bercerita je. Beeha nak share kenangan lama di MRSM dulu. Just part of kenangan silam je lah sewaktu graduate, hari-hari terakhir di sekolah menengah. At that time, bila nak dekat graduate tu kitaorang tinggal seminggu or dua minggu je lagi nak sit exam SPM *the biggest exam at that time, cuak sangat!!. Ada certain sekolah buat graduation day ni after SPM or bila dah keluar result . But MRSM ni lain sikit, buat sebelum exam SPM. It was the biggest event laa selalunya untuk adik-adik BWP yang baru naik nih. Kira diberi tugas jugak untuk handle event yang macam ni. Tapi, mostly cikgu laa the head of the event,mereka hanya membantu. Ahhh, ini yang buat aku teringat time jadi BWP ni.. Huhuuhuu. Abaikan kejap part tu. Kita sambung graduation day punya hal.

Gambar yang di bawah ni semua before graduate, testing jubah grad katakannn.. Time ni kitaorang pakai jubah untuk shoot gambar kenangan. Hehehh.



 Ini dia geng aku. Hahhahaaha. Fulamak gangster kau nih Beeha. Takdelahh ni kira best friend forever aku lah ni... Diaorang ni lah yang paling rapat dari Form 1 sampai sekarang. Even Form 3 kitaorang kena rombak kelas, kalau boleh rehat tu akan tunggu jugak semua keluar baru makan sama-sama. Masya Allah sweetnya tak terkata. Rasa nak tergelak pulak. 



Ni kawan rapat Beeha jugak. Diaorang ni baik sangat. Tapi kitaorang kelas lain-lain. *see, aku paling rendah.. bila mau tinggi nih..



Ni gambar beramai-ramai but tak cukup korum pun.. Diaorang nampak aku pegang fon, terus mintak capture gambar. Bab bergambar nombor satu kitaorang ni..


Ni time hari graduasi berlangsung.....


Ni ex-roomate aku waktu Form 4.




Me with the gang again. Heheehe. *time ni dah malas nak sarung jubah grad. pakai je lah apa yang ada..



 Me with Ain a.k.a Yen (nama manja)


Yang ni dah selesai grad... Happy sangat !! *acah je lahh waktu ni padahal tak lama lagi nak SPM
But I'm still happy bcause dapat Tokoh Kepimpinan for the second time. Alhamdulillah. Padahal rasanya tak de lah berkepimpinan sangat aku ni, ramai lagi kawan2 aku yang layak dapat tokoh ni, rasa malu jugak laa waktu dinobatkan gelaran ni.. *sebab aku yakin aku tak layak, tapi dah dapat , kita terima dengan hati yang riang. Hihi. Gambar untuk tokoh tu tak de pulak dalam gallery laptop ni... Tak dapat share ngan korang. Huhuu. 

Then , sebelum balik hostel ayah belikan bunga. *alahhh macam yang selalu hari grad ada orang jual bunga with patung comel-comel tu. macam yang kat bawah ni..


Yang tu laa Beeha dapat. Punya laa seronok, sebab sebelum ni tak pernah dapat benda-benda macam tu, dah laa mahal kan *uishh, dah beli pun merungut pulak Cik Beeha ni..


Korang yang tengah baca ni pernah rasa experience graduate? Share laa ngan kite kat sini. :D





You May Also Like

2 Comment(s)

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)